BANGI – Dari sebuah agensi pelancongan kecil kepada nama besar dalam industri haji, umrah dan pelancongan negara Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. kini menjejak usia 25 tahun penuh gemilang. Ulang tahun bersejarah itu diraikan dalam suasana penuh penghargaan menerusi Majlis Gemala Juara Sambutan 25 Tahun & Apresiasi Alumni Haji, yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).
Majlis yang menghimpunkan lebih 450 alumni haji Juara Travel ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin Bin Abu Sohot, sebagai simbol pengiktirafan terhadap sumbangan Juara Travel dalam membangunkan sektor pelancongan Islam di Malaysia.

Bagi Pengarah Urusan Juara Travel & Tours, Puan Hajah Rosnah Binti Wagino, perjalanan dua dekad setengah ini bukan sekadar angka tetapi kisah kepercayaan, amanah dan pengorbanan yang membentuk legasi Juara Travel.
“Selama 25 tahun, kami kekal berpegang pada nilai amanah dan kualiti. Dari mengurus jemaah pertama, sehinggalah ribuan hari ini, matlamat kami satu memastikan setiap perjalanan ibadah menjadi pengalaman yang tenang, selesa dan diberkati,” katanya penuh syukur.
Perjanjian Strategik RM30.9 Juta & Kolaborasi Global
Menambah makna pada sambutan jubli perak itu, Juara Travel memeterai perjanjian strategik bernilai RM30.9 juta bersama Saudi Airlines, sekali gus memperkukuh kapasiti penerbangan bagi 10,000 pelanggan Juara Travel bagi musim haji dan umrah akan datang.
Selain itu, dua perjanjian utama turut dimeterai di Tanah Suci bersama Muassasah Matrafy dan Saraya Al Ansar International Company bagi menjamin penginapan berkualiti tinggi, pengangkutan efisien dan kebajikan menyeluruh untuk jemaah.

“Kami mahu memastikan setiap aspek perjalanan, dari tanah air hingga Tanah Suci, terurus dengan sempurna. Gabungan pengalaman kami dengan rakan strategik antarabangsa menjadikan Juara Travel lebih bersedia untuk masa depan industri haji moden,” jelas Hajah Rosnah.
Sejak 2018, Juara Travel terus menjadi antara pengelola jemaah haji berlesen Lembaga Tabung Haji (TH) yang paling dipercayai. Tahun 2026 menandakan tahun ketujuh berturut-turut syarikat itu menerima amanah berprestij tersebut.
Dengan slogan “Umrah Terbimbing, Kebajikan Terjamin”, Juara Travel kini mengurus lebih 1,200 jemaah haji dan 148,000 jemaah umrah sejak mula mendapat lesen rasmi.
Empat kategori pakej ditawarkan seperti Ekonomi, Standard, Premium dan Premium Plus dengan harga bermula daripada RM47,890 hingga RM125,000, lengkap dengan penginapan dalam radius 500 meter dari Masjidil Haram, makan tiga kali sehari dan perkhidmatan tren laju Madinah–Mekah.
Pakej Eksklusif dan Kad Keistimewaan Pelanggan
Dalam majlis sama, Juara Travel melancarkan pakej-pakej pelancongan eksklusif sempena 25 tahun penubuhannya, termasuk:
Pakej Pelancongan Turki – bermula serendah RM4,790 dan Pakej Umrah Musim Baru 1448H – bermula RM4,990
(Promosi khas untuk 250 pelanggan terawal sahaja.)

Sebagai tambahan, syarikat turut memperkenalkan Kad Touch ‘n Go Loyalty Programme, menawarkan pelbagai ganjaran, diskaun dan insentif khas kepada pelanggan setia dalam kategori haji, umrah dan pelancongan umum.
‘25 Tahun Kekal Juara Bonanza’: Penghargaan Untuk Pelanggan
Kemuncak sambutan turut diserikan dengan pelancaran kempen ‘25 Tahun Kekal Juara Bonanza’, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik sepanjang tempoh November 2025 hingga November 2026, antaranya:
2 buah Perodua Axia, 10 pakej umrah percuma, 5 pakej pelancongan ke Turki dan 2 motosikal Honda Wave, serta pelbagai hadiah menarik lain.
Hajah Rosnah menegaskan komitmen Juara Travel untuk terus maju ke hadapan dengan strategi baharu, memperluas rangkaian antarabangsa dan memperkukuh digitalisasi perkhidmatan pelanggan.
“Kami bukan sekadar agensi pelancongan kami pembawa amanah, penghubung impian dan penyuluh jalan menuju Tanah Suci. 25 tahun ini hanyalah permulaan. Insya-Allah, Juara akan terus kekal juara,” katanya penuh semangat.
