MEITU_20251112_212622236

KUALA LUMPUR – Dalam dunia kecantikan yang sentiasa berevolusi, jenama penjagaan kulit terkemuka Korea Selatan, Ruby-Cell, sekali lagi mencuri perhatian dengan memperkenalkan dua inovasi revolusioner — EXONINE Dermalab Snow Infusin Ampoule dan Ruby-Cell Anti-Aging Stem Cell Spray.


Kedua-duanya dibangunkan berasaskan teknologi sel stem tumbuhan dan eksosom, mencipta dimensi baharu dalam rutin kecantikan wanita moden.

Inovasi Teknologi: Kuasa Sains dalam Setiap Titisan

Produk utama, EXONINE Dermalab Snow Infusin Ampoule, menampilkan teknologi PSC-EXO dengan kepekatan 112,000 ppm menjadikannya antara ampoule paling berkuasa dalam pasaran. Eksosom ini berfungsi sebagai “penghantar pintar” yang membawa bahan aktif menembusi jauh ke dalam lapisan kulit, mempercepat penyerapan dan memperbaharui sel secara efektif.

Diperkaya dengan BIOMATURE-Exosome®, gabungan Lactobacillus Exosome dan Rock Samphire Exosome, formulasi ini disalurkan melalui sistem nano liposome untuk keberkesanan maksimum. Kandungan Plant-based PDRN, Glutathione dan 8 jenis Hyaluronic Acid pula membantu mencerahkan, melembapkan serta mengekalkan keseimbangan kulit dari dalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Ruby Cell Sdn Bhd, Johan Shah Amin Shah berkata, produk ini juga disahkan HALAL, menjadikannya pilihan selamat dan premium untuk pengguna Muslim.

“Untuk pasaran di Malaysia, kebanyakkan pelanggan kami terutama masyarakat muslim amat yakin keberkesanan produk ini namun menitikberatkan pelbagai aspek terutama halal.

“Jadi, kami memasarkan produk ini yang telah disahkak halal oleh badan halal di Korea yang diiktiraf JAKIM” katanya.

Untuk hasil optimum, ampoule boleh digunakan bersama airbrush khas Ruby-Cell dengan tetapan semburan Min, Mid atau Max sesuai digunakan sebelum krim pelindung matahari atau krim malam.

Anti-Aging Stem Cell Spray: Cantik Segera, Di Mana Sahaja

Bagi wanita aktif yang sentiasa on-the-go, Ruby-Cell Anti-Aging Stem Cell Spray ialah penyelesaian moden dalam bentuk semburan mudah alih. Menggabungkan Plant Stem Cell Culture Solution dengan sistem Handy Airbrush + Premium Ampoule, produk ini menjadikan rutin kecantikan lebih cepat, bersih dan profesional.

Reka bentuk ergonomik dengan sambungan USB-C atau pengecas tanpa wayar menjadikannya mudah digunakan di mana sahaja dari pejabat ke gimnasium, malah ketika melancong. Semburan mikro yang halus memberikan sensasi segar serta membantu mengekalkan kelembapan kulit, terutama selepas terdedah kepada penghawa dingin atau sinaran UV.

Spray ini juga berfungsi sebagai penyegar wajah sebelum solekan untuk memberikan efek “dewy glow” yang menawan, serta boleh digunakan bila-bila masa kulit terasa kusam.

Ruby-Cell mengangkat falsafah “Beauty Powered by Science”, dengan setiap formulasi disokong kajian saintifik mendalam dalam bidang sel stem dan eksosom. Pendekatan ini menampilkan keseimbangan antara kemewahan, keberkesanan dan keselamatan, sesuai untuk gaya hidup moden yang menuntut hasil segera tanpa kompromi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Ruby Cell Malaysia, Lim Mei Yen, jenama ini percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada gabungan penyelidikan saintifik dan pengalaman pengguna yang premium.

“Ruby-Cell bukan sekadar produk penjagaan kulit, tetapi pengalaman transformasi dari tekstur halus hingga sinar semula jadi kulit yang kekal muda,” jelas wakil jenama itu.

Bagi wanita berkerjaya dan aktif seperti Konah, dua inovasi Ruby-Cell ini melengkapkan keperluan rutin harian:
EXONINE Dermalab Snow Infusin Ampoule untuk rawatan intensif mingguan, dan
Anti-Aging Stem Cell Spray untuk penyegar segera yang mengekalkan seri wajah sepanjang hari.

Dengan kombinasi teknologi sel stem dan eksosom, Ruby-Cell bukan sekadar jenama kecantikan ia lambang evolusi sains dan gaya hidup, di mana kecantikan moden bermula dari keyakinan dan penjagaan yang bijak.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading