Shah Alam – AMK Group Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan segera tempatan apabila hari ini mengumumkan pembukaan rasmi cawangan kedua AMK Fried Chicken di Shah Alam. Langkah ini menjadi bab baharu dalam perjalanan syarikat yang kini bergerak agresif dengan perancangan membuka dua lagi cawangan baharu di Bangi dan Kajang dalam masa terdekat.
Sejak pembukaan cawangan pertama di Sentul, Kuala Lumpur, AMK Fried Chicken mencuri perhatian ramai dengan ayam goreng rangup serta pilihan sos unik yang disesuaikan mengikut cita rasa rakyat Malaysia. Shah Alam dipilih sebagai lokasi seterusnya kerana potensinya sebagai kawasan tumpuan keluarga, profesional muda dan komuniti bandar yang menghargai hidangan segera berkualiti tetapi mesra harga.

Bagi pengasasnya, Mohammad Assraf Maidin Koty, 32, pembukaan cawangan baharu ini membawa nilai sentimental yang besar dalam perjalanan perniagaannya.
“Dari cuma RM750 modal permulaan di sebuah kafe kampus, hari ini AMK Fried Chicken berdiri sebagai jenama yang semakin berkembang. Shah Alam bukan sekadar lokasi baharu; ia simbol komitmen kami untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan dan komuniti. Setiap cawangan yang kami buka membuktikan bahawa usaha, keberanian dan pengorbanan tidak pernah sia-sia,” katanya.
Perjalanan Assraf bukan tanpa cabaran pernah bergelut dengan tekanan kewangan sehingga terpaksa mengambil pinjaman tidak formal demi memastikan perniagaannya terus hidup. Namun, kisah jatuh bangun itulah yang kini menginspirasikan ramai usahawan muda. Dengan permintaan pelanggan yang terus meningkat, AMK Group kini berada pada landasan kukuh untuk menembusi pasaran makanan segera tempatan secara lebih meluas.

Menu AMK Fried Chicken kekal menjadi nadi kekuatan jenama. Selain ayam goreng rangup sebagai signatur utama, rangkaian sos seperti sweet chilli, cajun BBQ, mango habanero, cheesy, gochujang dan garlic soy menjadikannya pilihan unik berbanding jenama lain. AMK bukan sekadar menjual makanan tetapi menawarkan pengalaman makan yang selesa, mesra pelanggan dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Assraf turut berkongsi bahawa setiap restoran didirikan dengan sentuhan peribadi:
“Kami letakkan wajah ibu bapa saya di pintu hadapan sebagai penghargaan. Jenama ini dibina atas nilai keluarga, keberanian dan impian. Kami mahu pelanggan merasai kejujuran itu dalam setiap hidangan.”

Dengan pembukaan cawangan baharu di Shah Alam, AMK Fried Chicken dijangka terus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu jenama makanan segera tempatan yang paling pesat berkembang. Tiga cawangan tambahan juga bakal diumumkan tidak lama lagi dan AMK Group kekal optimis menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia dalam industri F&B.
