MEITU_20251121_172307032

KUALA LUMPUR – Jenama modest premium, MAGlifestyle, kembali mencuri tumpuan apabila mempersembahkan koleksi terbaharu mereka di pentas Fashionable Modest Asia, dengan wajah baharu yang lebih segar, berani dan penuh tenaga warna.

Diasaskan oleh dua nama kreatif, Yen dan Shirley, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa fesyen sopan tidak semestinya terhad kepada rona lembut atau rekaan konservatif. Walaupun mereka bukan daripada komuniti Muslim, kesungguhan mereka memahami kehendak pemakai modest menjadikan setiap helaian tetap mematuhi elemen tertutup, selesa dan elegan — selari dengan DNA jenama MAGlifestyle.

Keluar dari zon selesa: Dari pastel lembut ke warna-warna ‘vibrant

Jika sebelum ini MAGlifestyle sinonim dengan tona pastel dan gaya minimalis, koleksi terbaharu ini membawa mereka melangkah keluar daripada formula biasa. Pentas kali ini dipenuhi palet yang lebih terang, segar dan hidup, selari dengan visi baharu jenama tersebut.

“Kami nak sesuatu yang lebih berwarna dan bertenaga. Bila naik pentas, warna-warna ini nampak lebih ‘alive’,” kata Yen dan Shirley.


Menurut mereka, koleksi ini dijangka hadir dalam 12 hingga 20 pilihan warna, bergantung kepada pemilihan akhir menjelang pelancaran rasmi.

Koleksi ini diinspirasikan daripada suasana ikonik French Riviera romantik, mewah dan penuh karakter musim panas. Elemen flower blooming diterjemahkan melalui:lace berkualiti tinggi, motif flora, permainan tekstur fabrik dan .sentuhan manik dan labuci yang minimal namun eksklusif

Walaupun bukan menggunakan French lace asli, MAGlifestyle menitikberatkan pemilihan fabrik premium yang kemas, halus dan selesa, seiring wajah jenama yang mahu tampil classy tanpa berlebihan.

Untuk memastikan koleksi ini sesuai untuk pelbagai citarasa dan acara, setiap rekaan hadir dalam dua variasi antaranya, Versi Minimal untuk peminat gaya bersih, kemas dan elegan dan Versi Berperincian dimana menggunakan labuci dan manik halus bagi mereka yang mahu sedikit sparkle tanpa kelihatan sarat.

Daripada keseluruhan rekaan yang disiapkan, 23 rekaan dipilih sebagai koleksi utama kerana mempunyai keseimbangan terbaik dari segi warna dan motif. Rekaan selebihnya akan dimuatkan dalam keluaran masa hadapan.

Yen dan Shirley turut mendedahkan bahawa sesi photoshoot kini sedang dijadualkan, dan lookbook rasmi bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Mereka yakin koleksi ini mampu menembusi pasaran lebih luas kerana motif flora dan lace bersifat universal — sesuai untuk semua kaum dan tona kulit.

MAGlifestyle juga sedang bersedia untuk mengembangkan sayap dengan melancarkan koleksi penuh womenswear pada masa akan datang, termasuk skirt, top dan dress yang lebih feminin dan moden.

Evolusi modest wear: Lebih segar, lebih elegan, lebih berwarna

Dengan keberanian menampilkan palet warna baharu dan interpretasi premium terhadap modest wear, MAGlifestyle membuktikan bahawa fesyen sopan sentiasa berkembang. Melalui visi kreatif Yen dan Shirley, jenama ini melangkah ke fasa yang lebih segar, eksklusif dan penuh personaliti.

MAGlifestyle bukan sekadar menawarkan pakaian mereka meraikan keyakinan wanita moden dalam setiap helaian.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading