1

Shah Alam – Inovasi hiburan mudah alih dinaik taraf dengan pelancaran rasmi Aurzen ZIP di Malaysia yang merupakan sebuah projektor poket lipat tiga pertama di dunia.

Hanya bersaiz sebesar tapak tangan, peranti ini kini boleh dimiliki pada harga runcit RM1,899.

ZIP dibangunkan dengan rekaan “Z‑fold” unik, saiz kompak 84 × 78 × 26 mm dan berat kira‑kira 280 gram dimana jauh lebih ringan dan kecil daripada kebanyakan telefon pintar. Hasilnya, ia mudah dibawa kemana sahaja, menjadikannya sesuai untuk tontonan di rumah, luar rumah, bahkan ketika melancong.

Inovasi mesra poket ini mampu mengubah mana-mana ruang menjadi pawagam mini. Saiznya yang kompak dan ringan memudahkan pengangkutan, menawarkan penyelesaian praktikal untuk pembentangan profesional, malam filem spontan, atau perkongsian kandungan multimedia semasa bergerak.

Walaupun saiznya kecil, Aurzen ZIP mampu memaparkan imej hingga saiz skrin 100 inci, menjadikannya ideal untuk pawagam rumah, perkongsian video atau persembahan ringkas di mana saja.

Apabila dibuka, ZIP memaparkan imej resolusi tinggi (720p) dengan kecerahan 100 ANSI lumens. Baterinya bertahan sekitar 1 jam 30 minit, cukup untuk menonton satu episod rancangan TV atau filem pendek, tetapi tidak lebih daripada itu.

Rekaan lipat tiga ini berpotensi merevolusikan pasaran projektor video, menawarkan alternatif kepada model tradisional yang biasanya besar dan sukar dikendalikan. Selain itu, rekaan ini membolehkan sudut unjuran disesuaikan mengikut keperluan, memberikan kebebasan penggunaan yang lebih besar.

Selain itu, sambungan tanpa wayar dan pilihan autofokus menjadikan projektor ini praktikal dan mudah digunakan dalam pelbagai situasi. Kelebihan utama memiliki peranti seperti ini terletak pada mudah alih dan fleksibilitinya. Ia boleh mengubah mana-mana ruang menjadi zon unjuran, sama ada untuk tujuan perniagaan atau hiburan, tidak kira di mana anda berada.

Selain itu, Aurzen ZIP turut menampilkan autofokus tanpa kelewatan (zero-lag autofocus), membolehkan projektor mudah alih ini menyesuaikan fokus dan pembetulan keystone secara automatik 30 kali sesaat, memastikan imej dan kandungan yang dipaparkan sentiasa tajam.

Ciri kedua ialah fungsi pencerminan satu klik (One-click mirroring) melalui AirLink. Fungsi ini membolehkan pengguna menyambungkan projektor terus ke peranti mereka, sama ada Android, iOS, MacOS, atau Windows. Selain itu, Aurzen juga menawarkan CastPlay Wireless HDMI Dongle, yang membolehkan anda menayangkan kandungan secara wayarles terus dari port HDMI peranti anda, walaupun masih belum jelas sama ada kedua-dua peranti perlu berada dalam line-of-sight.

Bagi ketahanan bateri, Aurzen ZIP dilengkapi bateri terbina 5,000mAh, yang mampu menyediakan sehingga 1.5 jam tontonan, dengan pengecasan melalui USB-C dan sokongan pantas 24W PD fast-charging.

Dengan menggunakan rekabentuk lipat tiga (tri-fold design), Aurzen ZIP mempunyai saiz 8.4 x 7.8 x 2.6 cm dan berat 280 gram. Salah satu kelebihan utama rekabentuk ini ialah ia boleh didirikan sendiri tanpa memerlukan sebarang alat tambahan.

Aurzen ZIP akan mula dijual di Malaysia mulai 5 Disember tahun ini. Projektor mudah alih ini akan ditawarkan pada harga runcit RM1,899.

Ciri Teras & Kemudahan

  • Fokus automatik segera (Zero‑Lag Auto Focus): ZIP menggunakan teknologi Time‑of‑Flight (ToF) gred aeroangkasa untuk melaras fokus dan keystone secara automatik sehingga 30 kali sesaat memastikan imej kekal tajam dan rata walaupun peranti dipindah.
  • Pencerminan skrin satu klik tanpa WiFi (AirLink): Pengguna boleh memaparkan kandungan dari peranti iOS, Android, macOS atau Windows terus ke projektor tanpa perlu sambungan WiFi atau konfigurasi rumit.
  • Sokong kandungan media sosial: ZIP menawarkan mod skrin penuh menegak ideal untuk tontonan video pendek dari aplikasi seperti TikTok dan Reels tanpa sempadan memberikan pengalaman lebih imersif.
  • Bateri terbina 5,000 mAh & pengecasan pantas: Unjuran tanpa soket dinding bateri terbina membolehkan tontonan hingga 1.5 jam, dengan sokongan pengecasan pantas 24 W melalui USB‑C.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading