11

KUALA LUMPUR – Dengan tiket serendah RM39, ratu rock tanah air Ella akan membuatkan anda terpesona dengan lagu-lagu nostalgia beliau termasuk Layar Impian, Pergilah Sayang, Baldu Biru dan banyak lagi dalam konsert mega Majlis Tertinggi Rockqueen pada 14 Februari 2026.

Dianjurkan Hitman Solutions & Rockqueen, konsert ini bakal melakar sejarah sebagai penghargaan kepada legasi Ella, serta sebagai simbol penyatuan, peminat, penggiat seni dan masyarakat Malaysia.

Menurut Ella, tema kemanusiaan – ‘Peace, Love & Rindu’ – yang dipilih bersesuaian dengan misi yang ingin dicapai menerusi pementasan mega ini.

“Saya akan mencapai usia 60 pada tahun 2026, dan sudah tentu saya ingin memberi impak dan legasi berkekalan khususnya dalam aspek kemanusiaan. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah terjemahan kepada sebuah gerakan yang mahukan ‘Peace, Love & Rindu’,” ujar Ella, dalam sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada Rabu.

Dalam konsert ini, “Peace” melambangkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza, “Love” pula mengacu kepada isu buli merujuk pada institusi pendidikan di Malaysia, manakala “Rindu” didedikasi kepada insan-insan penggiat seni tanah air yang sentiasa berkarya demi industri.

Menurut Ella, harga mampu milik serendah RM39 itu turut menjadi pilihan agar konsert ini dapat dihadiri semua lapisan peminatnya.

“Konsert kali ini, antara intinya adalah kami ingin give back to the people. Kerana itu kami memilih lokasi besar dengan pilihan harga tiket yang murah namun tidak menafikan pengalaman luar biasa pengunjung konsert, juga sajian audio visual bermutu buat semua yang hadir,” ujar Ella.

Setiap pembelian tiket akan disalurkan ke tabung sumbangan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading