Kuala Lumpur – Midea Malaysia mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Record untuk pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara. Ia merupakan satu pencapaian yang direkodkan sebagai “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara”.
Pelancaran nasional ini merangkumi 15 kedai jenama baharu, 2 Midea Pro-Shop, serta 1 ruang pameran di Kuala Lumpur dengan papan tanda yang diperbaharui. Kesemua lokasi ini dirasmikan serentak dalam sebuah acara koordinasi besar-besaran yang mencerminkan pertumbuhan pesat Midea di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, berkata bahawa pembukaan serentak 18 kedai tersebut bukan sekadar meningkatkan kehadiran fizikal jenama itu, malah membuka ruang baharu bagi pelanggan untuk mengalami sendiri teknologi rumah pintar Midea.
Jelasnya, rangkaian kedai baharu ini membolehkan pelanggan mencuba penyelesaian rumah pintar secara langsung disamping berhubung dengan pakar teknikal. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati sokongan selepas jualan yang lebih menyeluruh.
Beliau turut menegaskan momentum pertumbuhan kukuh Midea dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta keyakinan jenama itu untuk bersaing lebih agresif dalam industri peralatan rumah yang semakin berkembang di Malaysia.

“Pelancaran di seluruh negara ini mencerminkan momentum kukuh yang telah kami bina sejak dari beberapa tahun lalu dan menempatkan Midea untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran perkakas rumah yang pesat berkembang di Malaysia. Ia juga mengukuhkan kepercayaan dan kemudahan kepada pengguna selaras dengan sasaran kami menjadi rakan kongsi rumah pintar pilihan Malaysia.
“Pada masa yang sama, kami juga berbangga memperkenalkan siri SMART MASTER yang mencerminkan visi kami untuk membawa teknologi pintar yang berpusatkan pengguna ke dalam kediaman Malaysia. Dengan menggabungkan ciri-ciri berkuasa AI dengan kehadiran runcit yang semakin berkembang, kami percaya ia akan memberikan pengalaman yang lebih lancar, terhubung dan mudah untuk semua pelanggan kami.” ujarnya.
Turut dilancarkan ialah siri produk baharu SMART MASTER, rangkaian peralatan rumah yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), sensor pintar dan penyelarasan automatik berdasarkan keperluan pengguna.
Siri ini memperkenalkan pengalaman rumah pintar yang lebih lancar dan bersepadu. Antara produk serta inovasi lain yang turut dipamerkan termasuk:
- Siri Avigator
- Siri Insta-Fit Master
- Set Dobi Pintar
- Hud Dapur L MCH-90XS38 (RFID)
- Hob Gas Terbina Dalam MGH-2590GL (RFID)
- Pembersih Vakum Robotik V12
- Kipas Nirbilah
Kesemua produk ini disepadukan melalui aplikasi SmartHome, serta menyokong fungsi IoT, RFID dan Wi-Fi untuk automasi rumah yang lebih efisien.

Pelancaran serentak ini memperkukuh dedikasi Midea dalam memperluas akses kepada teknologi rumah pintar. Dengan permintaan yang semakin meningkat, Midea menyasarkan pertumbuhan sekitar 20% menjelang 2026, disokong oleh peluasan rangkaian runcit, peningkatan rangkaian pengedar, penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan dan pelan tindakan produk yang memberi tumpuan kepada inovasi dan pengalaman pengguna.
Dengan kemajuan ini, Midea terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara jenama peralatan rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia.
Sempena pembukaan 18 kedai di seluruh negara, Midea menawarkan promosi berikut sepanjang bulan Disember:
1. Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025)
Pelanggan yang membeli produk terpilih akan menerima hadiah percuma selagi stok masih ada.
2. Putar & Menang (3 – 10 Disember 2025)
Belanja RM288 ke atas dalam satu resit di kedai terpilih untuk peluang memenangi hadiah melalui permainan Putar & Menang.
3. Belanja & Menang (3 – 31 Disember 2025)
Berbelanja RM488 ke atas dalam satu resit melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik.
