Kuala Lumpur – Dalam suasana hujung tahun yang penuh kemeriahan, J Jade & Jewel sebuah jenama barang kemas mewah tempatan yang diasaskan oleh gemologis Malaysia, Mandy Ong mempersembahkan satu pengalaman gaya hidup eksklusif menerusi acara “Jade Holiday Pop-Up”.
Berlangsung dari 9 hingga 21 Disember di The Starhill, Bukit Bintang, ruang pameran ini menjadi tarikan baharu bagi pengunjung yang menghargai estetika moden, seni halus, serta pengalaman membeli-belah berkonsepkan gaya hidup premium.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, J Jade & Jewel menempatkan dirinya sebagai jenama yang memartabatkan jade A-grade semula jadi melalui rekaan moden dan pertukangan berkualiti tinggi. Pop-up ini memperlihatkan bagaimana jade batu berharga yang sering dikaitkan dengan nilai warisan boleh dipersembahkan dalam gaya kontemporari yang sesuai dengan citarasa masyarakat urban masa kini.
Bagi pengasasnya, Mandy Ong, jade bukan sekadar perhiasan klasik, tetapi aksesori gaya hidup yang membawa personaliti pemakainya.
“Kami mahu mengangkat jade sebagai pilihan utama generasi moden, dengan rekaan yang elegan, versatil dan mudah disuai padan,” jelasnya.
Koleksi Galaxy Aura: Sentuhan Kosmos dalam Dunia Fesyen
Dalam pop-up ini, J Jade & Jewel memperkenalkan koleksi terbaharu Galaxy Aura, yang pertama kali dipamerkan kepada umum. Dengan inspirasi daripada cahaya bintang dan nuansa kosmos, koleksi ini menampilkan kehalusan kilauan halus yang memberi sentuhan romantik sesuai dipakai semasa acara perayaan, majlis makan malam, mahupun sehari-harian bagi pencinta gaya mewah minimalis.
Koleksi ini dipersembahkan bersama dua siri lain, iaitu:
- Iconique J – Menekankan identiti jenama dengan rekaan yang ringkas tetapi mempesonakan.
- Forest Glow – Menggabungkan elemen alam semula jadi dalam rekaan jade yang lembut dan menenangkan.



Setiap koleksi mencerminkan gaya hidup moden: elegan, ekspresif, dan berpaksikan kesenian.
Sebagai sebahagian daripada trend gaya hidup yang menekankan pengalaman (experience-based lifestyle), pop-up ini turut menawarkan permainan interaktif “Cabaran Buka Kunci”. Pengunjung hanya perlu berinteraksi melalui media sosial J Jade & Jewel dan berkongsi foto di ruang pameran untuk berpeluang memenangi hadiah antaranya baucar eksklusif sehingga RM500 dan ganjaran daripada rakan kolaborasi seperti Kel Saloon Fine Dining serta J’adore Atelier
Ia sekaligus menghubungkan elemen fesyen, gastronomi dan seni tiga komponen penting dalam dunia lifestyle moden.




Satu lagi tarikan utama pop-up ini ialah ruang bergambar bertema “Taman Ungu”, direka dengan kubah bunga dan pantulan cermin yang mencipta suasana dramatik dan penuh keajaiban. Ruang ini bukan sahaja mencipta pengalaman visual, tetapi turut mencerminkan gaya hidup digital masa kini, di mana momen bergambar menjadi sebahagian daripada ekspresi diri.
Secara keseluruhannya, “Jade Holiday Pop-Up” bukan sekadar pameran perhiasan; ia merupakan destinasi gaya hidup yang menggabungkan seni, fesyen, interaksi sosial dan pengalaman berharga sesuai untuk mereka yang mencari inspirasi hujung tahun atau sekadar menikmati aura mewah di pusat beli-belah ikonik Kuala Lumpur.
