1

PUTRAJAYA – Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra di sini, pada Selasa.

PM Anwar turut mengumumkan senarai pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu melibatkan beberapa kementerian utama dalam usaha memperkukuh pentadbiran dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI.

Pelantikan itu melibatkan sejumlah 14 menteri dan 18 timbalan menteri, merangkumi portfolio ekonomi, sosial, agama, pendidikan, belia, sumber manusia serta kelestarian alam.

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu:

Menteri:

1. Menteri Wilayah Persekutuan: Hannah Yeoh

2. Menteri Sabah dan Sarawak: Datuk Musfata Sakmud

3. Menteri Hal Ehwal Agama:Zulkifli Hasan

4. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani

5. Menteri Pembangunan Usahawan, Koperasi dan PMKS: Steven Sim Chee Keong

6. Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

7. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup

8. Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Noraini Ahmad

9. Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R Ramanan 10. Menteri Belia dan Sukan: Dr Taufiq Johari

Timbalan Menteri:

1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Loh Su Fui

2. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Marhamah Rusli

3. Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong

4. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

5. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin

6. Timbalan Menteri Luar Negeri: Lukanisman Awang Sauni

7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Lim Hui Ying

8. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Adam Adli Abd Halim

9. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Chiew Choon Man

10. Timbalan Menteri Perpaduan: R. Yuneswaran

11. Timbalan Menteri MITI: Sim Sze Tzin

12. Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Hanifah Hajar Taib

13. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Muhammad Alamin

14. Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Mohamad Shahar Abdullah

15. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Syed Ibrahim Syed Noh

16. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Huan Tiong Sii

17. Timbalan Menteri Sumber Manusia:Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan

18. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Mordy Bimol

Upacara mengangkat sumpah yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada 2.30 petang, esok (Rabu).

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan Menteri dan Timbalan Menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading