00

KUALA LUMPUR -Menyokong agenda Kerajaan Malaysia dalam mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga baharu, peneraju industri tenaga bersih Solarvest Holdings Berhad muncul sebagai antara syarikat terawal menerbitkan white paper komprehensif mengenai Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) berkuasa kecerdasan buatan (AI).

White paper tersebut memperincikan bagaimana teknologi BESS berasaskan AI mampu membantu perniagaan dan isi rumah mengoptimumkan kos elektrik, memastikan kebolehpercayaan bekalan tenaga serta mempercepatkan peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan.

Langkah ini hadir pada waktu kritikal berikutan pelaksanaan Tarif Regulatory Period 4 (RP4) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang menyaksikan caj penggunaan elektrik waktu puncak atau Maximum Demand (MD) meningkat sehingga 162 peratus, daripada RM37.00/kW di bawah RP3 kepada RM97.06/kW. Peningkatan ini bersamaan kos tambahan sekitar RM60,000 sebulan bagi setiap 1,000 kW MD semasa waktu puncak.

Menurut Solarvest, penyelesaian BESS mereka bertindak sebagai “perisai” kepada perniagaan daripada lonjakan kos tersebut dengan menyimpan tenaga ketika permintaan rendah dan melepaskannya semula pada waktu puncak. Satu kajian kes tempatan menunjukkan pengurangan MD sehingga 65 peratus, sekali gus membolehkan pelaburan dipulangkan (return on investment) dalam tempoh sekitar tiga tahun.

Bagi pemilik kediaman pula, sistem BESS boleh digabungkan dengan sistem solar fotovoltaik (PV) menerusi program Solar ATAP. Tenaga solar berlebihan yang dijana pada siang hari dapat disimpan untuk kegunaan pada waktu malam, seterusnya mengurangkan bil elektrik bulanan serta pendedahan kepada kenaikan tarif dan caj MD.

Manfaat Utama Penyelesaian BESS Solarvest

Antara kelebihan utama yang diketengahkan termasuk:

  • Pengurangan kos elektrik: BESS meratakan lonjakan penggunaan tenaga pada waktu puncak, sekali gus mengurangkan bil elektrik sehingga 65 peratus bergantung kepada corak penggunaan.
  • Kebolehpercayaan operasi: Menyediakan bekalan kuasa sandaran semasa gangguan grid, memastikan operasi kritikal seperti barisan pengeluaran dan pusat data terus berjalan.
  • Pilihan pembiayaan fleksibel: Melalui model Zero CAPEX, perniagaan hanya perlu membayar yuran perkhidmatan bulanan yang lebih rendah daripada penjimatan yang dijana, tanpa pelaburan awal yang besar.
  • Sokongan tenaga boleh diperbaharui: Membantu integrasi tenaga solar dan sumber boleh diperbaharui lain bagi mencapai sasaran kelestarian.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Dato’ Davis Chong Chun Shiong, berkata kecekapan tenaga dan kelestarian kini bukan lagi pilihan, sebaliknya keperluan penting bagi perniagaan dan isi rumah.

“Penyelesaian BESS kami membolehkan pengguna mengawal penggunaan tenaga mereka, mengurangkan kos dan meningkatkan kebolehpercayaan bekalan. Melalui model Zero CAPEX, organisasi boleh mengguna pakai teknologi ini tanpa kos pendahuluan, hanya membayar yuran perkhidmatan yang lebih rendah daripada penjimatan yang dijana,” katanya.

Beliau menambah, white paper tersebut menggariskan strategi praktikal penggunaan BESS untuk penjimatan elektrik, jaminan bekalan tenaga yang stabil serta sumbangan kepada matlamat tenaga bersih negara.

Secara keseluruhan, BESS merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas Solarvest dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah tenaga bersih dan sasaran neutral karbon menjelang 2050. Dengan gabungan storan tenaga pintar, pemantauan berasaskan AI dan pelan perkhidmatan tersuai, Solarvest menawarkan penyelesaian pengurusan tenaga menyeluruh untuk perniagaan dan isi rumah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading