KUALA LUMPUR – Extra Joss terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran minuman tenaga tempatan apabila melancarkan semula Extra Joss Oren, sekali gus menandakan fasa baharu strategi pertumbuhan jenama itu di Malaysia.
Pelancaran semula perisa Oren ini dilihat sebagai usaha memperluaskan pilihan pengguna dalam segmen minuman tenaga mampu milik, di samping mengekalkan komitmen jenama untuk menawarkan rasa yang serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia di bawah tagline “Sedap, Segar dan Bertenaga!”.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, berkata langkah berkenaan bukan sekadar memperkenalkan semula varian lama, sebaliknya mencerminkan pendekatan strategik syarikat dalam memahami perubahan keperluan pengguna.
“Perisa Anggur masih menjadi kegemaran utama di Malaysia, namun perisa oren menawarkan pengalaman rasa yang lebih ringan dan menyegarkan. Ia sesuai untuk pengguna yang mahukan tenaga segera tanpa rasa terlalu kuat,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Extra Joss kini sedang merangka pelan pembangunan produk yang lebih agresif bagi tempoh 2026 hingga 2027, termasuk pengenalan beberapa perisa baharu untuk menampung kepelbagaian gaya hidup pengguna masa kini.

“Pelancaran Extra Joss Oren bukan sahaja memperluaskan pilihan produk kami, tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk terus berkembang bersama pengguna tempatan.
“Kami percaya rasa yang menyegarkan ini akan menarik minat pengguna baharu serta mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Extra Joss menyediakan rangkaian produk seperti Active, Anggur dan Mangga yang direka khusus untuk pelbagai segmen daripada pengguna harian, individu aktif, atlet sehinggalah mereka yang memerlukan sokongan tenaga mengikut rutin masing-masing.
Selain tumpuan kepada inovasi produk, Extra Joss Malaysia turut menekankan aspek perlindungan pengguna dengan meningkatkan kesedaran terhadap kehadiran produk Import Selari (Parallel Import) di pasaran.
Walaupun produk Import Selari bukan barangan tiruan atau seludup, ia tidak tertakluk kepada proses percukaian Malaysia, keperluan pelabelan tempatan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), serta kawalan kualiti rasmi. Perkara ini bukan sahaja menimbulkan perbezaan harga, malah berpotensi mengelirukan pengguna mengenai tahap keselamatan dan kualiti produk.
Sehubungan itu, Extra Joss menegaskan bahawa hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia mematuhi semua piawaian keselamatan tempatan dan memberikan jaminan ketelusan serta sokongan pelanggan kepada pengguna.

Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asal yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly, sekali gus menawarkan gabungan rasa oren yang menyegarkan dengan fungsi tenaga segera. Syarikat yakin perisa ini mampu melengkapkan rangkaian sedia ada dan menyumbang kepada pertumbuhan jenama dalam pasaran minuman tenaga yang kompetitif.
Ketika ini, produk Extra Joss boleh didapati secara meluas di kedai runcit, kedai borong, minimarket, pasar raya utama serta platform e-dagang. Minuman ini juga mudah ditemui dalam bentuk sajian siap bancuh di kedai mamak, warung, kantin, restoran dan pelbagai premis makanan dan minuman.
Bagi memperkukuh lagi hubungan dengan pengguna, Kalbe Malaysia merancang pelbagai aktiviti pemasaran berskala besar bermula 2026, termasuk pengiklanan di televisyen, radio, media sosial, pengiklanan luar, serta penglibatan aktif dalam acara belia, sukan universiti dan inisiatif gaya hidup aktif di seluruh negara.
