553

Pelakon Mia Sara tampil menjelaskan kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini apabila kenyataannya disalah tafsir sehingga menimbulkan salah faham terhadap pelakon remaja, Puteri Balqis.

Menerusi podcast Kita Kita Aje bersama Datuk Aznil Nawawi, Mia Sara berkata, apa yang disampaikannya ketika itu bukanlah bertujuan untuk menghina atau memperlekeh cara seseorang dibesarkan.

“Saya tidak mahu, bukan itu yang saya cuba katakan. Tetapi saya tidak tahu, dengan apa yang saya katakan itu terdengar seolah-olah saya menghina bagaimana dia dibawa ke luar.

“Ya, tetapi saya tidak salahkan dia pun sebab saya baca balik cara saya tulis pun, memang dia sangat mengundang.

“Ia sangat besar sehingga saya tidak tahu apa yang perlu dibuat dan saya panik,” katanya dalam audio siar berkenaan.

Tambahnya lagi, dia pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara rasmi, namun bapanya menasihatkan agar tidak mengulas isu tersebut.

“Papa cakap, jangan tulis isu itu. Tidak perlu mengatakan apa-apa. Awak tahu niat awak. Orang akan putar belit kata-kata awak dan ia akan membuatnya lebih besar.

“Jadi, jangan bercakap,” kongsinya.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, Puteri Balqis tampil memohon maaf kepadanya menerusi sebuah video, sekali gus membuatkan Mia Sara berasa lebih sedih dan bersalah.

“Dia meminta maaf kepada saya, sedangkan saya yang rasa bersalah. Saya yang bercakap yang salah, tetapi itu bukan niat saya,” jelasnya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading