Kuala Lumpur – Di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026, HONOR memajukan visi Augmented Human Intelligence (AHI) dan mempercepatkan ALPHA PLAN melalui tiga tonggak yang saling terhubung iaitu Alpha Phone, Alpha Store dan Alpha Lab. Berasaskan komitmen jangka panjang terhadap AI berteraskan manusia, HONOR memperlihatkan pratonton Robot Phone, satu penerokaan berani terhadap embodied intelligence serta spesis baharu telefon pintar yang membayangkan semula bagaimana peranti AI masa hadapan boleh mengintegrasikan pergerakan dan kesedaran ruang.



Seiring inovasi futuristik ini, HONOR turut memperkenalkan Magic V6 yang menjadi kemuncak inovasi peranti boleh lipatnya, menggabungkan teknologi bateri silikon-karbon generasi baharu, kejuruteraan paparan termaju dan produktiviti dipacu AI dalam rekaan boleh lipat paling diperhalusi setakat ini. Bersama peranti ekosistem baharu, HONOR MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14, pengumuman ini mengukuhkan pelan hala tuju HONOR untuk menyepadukan perkakasan dan perisian pintar berdasarkan keperluan manusia sebenar.
James Li, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, berkata: “Dengan pendekatan berteraskan manusia sebagai mercu panduan, kami menavigasi pertumbuhan AI melalui dua teras iaitu IQ dan EQ, sekali gus menyatukan tiga bentuk kecerdasan. Kami sedang meneroka paradigma baharu peranti AI menerusi Alpha Phone; menjadi hos kepada paradigma baharu ekosistem AI menerusi Alpha Store; serta membina paradigma baharu tamadun masa hadapan menerusi Alpha Lab. Dengan tiga gelombang Alpha Plan, kami kini mempunyai semua komponen yang diperlukan dan sedang memacu perjalanan ini pada kelajuan maksimum.”

Robot Phone, Spesis Telefon Pintar Baharu
Robot Phone merupakan spesis telefon pintar baharu yang menggabungkan interaksi AI berteraskan tubuh (embodied AI interaction) dengan keupayaan pergerakan bertaraf robot serta pengimejan sinematik. Berbanding bertindak balas semata-mata melalui skrin dan arahan suara, HONOR secara kiasan bukan sahaja memberikan generasi baharu perantinya “otak”, tetapi juga “tangan dan kaki”, menggabungkan AI dengan interaksi yang lebih fizikal dan ekspresif melalui pergerakan peranti serta pergerakan gimbal kamera. Ia melangkaui apa yang mampu ditawarkan oleh telefon pintar statik, membawa interaksi yang lebih manusiawi dan ekspresif ke dalam teknologi harian, serta melaraskan perspektifnya secara masa nyata. Persepsi multimodal membolehkannya mengenal pasti bunyi, menjejak pergerakan dan mengekalkan kesedaran visual, sekali gus mewujudkan model interaksi yang lebih semula jadi, berasaskan deria dan intuitif.
Robot Phone juga memperkenalkan interaksi AI berteraskan tubuh yang direka, membekalkan interaksi yang lebih semula jadi dan ekspresif. Ia menyokong panggilan video AI pada semua sudut yang mengikuti pengguna melalui kawalan pergerakan bertaraf robot. Ia turut memberi respons dengan bahasa tubuh beremosi, termasuk anggukan dan gelengan kepala yang ekspresif, malah boleh menari mengikut rentak muzik, membawa interaksi yang ceria dan seakan hidup ke dalam pengalaman telefon pintar.
Memuatkan “robot” ke dalam sebuah telefon pintar memerlukan pendekatan baharu terhadap ruang, kekuatan dan berat pada skala mikroskopik. HONOR mengaplikasikan bahan berprestasi tinggi serta kepakaran dari segi ketahanan dan kebolehpercayaan yang dibangunkan untuk peranti boleh lipatnya dalam kejuruteraan Robot Phone, sekali gus membolehkan pembangunan motor mikro dalaman yang direka untuk kekompakan dan kekuatan luar biasa. Dengan mengecilkan saiz motor dengan ketara, HONOR berjaya memuatkan sistem gimbal 4DoF ultra-kompak ke dalam telefon, mewujudkan asas perkakasan untuk kawalan pergerakan berteraskan tubuh bertaraf robot.
Seni bina mekanikal ini menyokong sistem penstabilan gimbal tiga paksi, memberikan pergerakan yang lancar dan tepat walaupun dalam persekitaran dinamik. Tetapan Super Steady Video meningkatkan kestabilan dalam situasi pergerakan pantas, manakala AI Object Tracking membolehkan Robot Phone mengikuti subjek secara pintar dalam masa nyata. AI SpinShot pula memperluas kawalan kreatif dengan menyokong pergerakan putaran pintar 90° dan 180° untuk peralihan sinematik yang lancar, termasuk ketika merakam dengan satu tangan.


Dibina berasaskan sensor 200MP dan sistem kamera gimbal yang distabilkan, Robot Phone direka untuk membantu pengguna melangkaui konsep sekadar “merakam momen” kepada “merakam kisah kehidupan”. Melalui penstabilan, penjejakan pintar dan pergerakan kamera gaya sinematik, ia bertujuan merapatkan jurang antara video telefon pintar dan gaya kandungan yang kelihatan profesional.
Secara keseluruhan, keupayaan-keupayaan ini menunjukkan bagaimana embodied AI boleh membuka bentuk baharu dalam rakaman dan interaksi, meletakkan Robot Phone sebagai langkah penentu dalam evolusi HONOR ke arah peranti yang lebih pintar dan adaptif. Ketika HONOR terus memajukan ALPHA PLAN, Robot Phone menawarkan gambaran bagaimana kecerdasan berteraskan tubuh mungkin membentuk generasi seterusnya teknologi mudah alih.
Memajukan Peranti Pintar dan Robot untuk Era AI
HONOR turut memperkenalkan robot Humanoid pertamanya, menandakan langkah strategik yang lebih luas untuk memanfaatkan kepakarannya dalam teknologi mudah alih bagi membangunkan robot untuk pengguna. Robot dibangunkan HONOR akan memfokuskan tiga senario teras iaitu bantuan membeli-belah, pemeriksaan di tempat kerja, dan pendamping sokongan khusus. Berbeza daripada syarikat robotik tradisional, HONOR membawa pemahaman pengguna yang mendalam hasil pengalaman melalui telefon pintar dan peranti terhubungnya. Kesinambungan ekosistem ini membolehkan peranti AI berteraskan tubuh pada masa hadapan mengenali pengguna, memahami keperluan mereka dan menyediakan bantuan fizikal yang diperibadikan sejak interaksi pertama.
Melalui debut Robot Phone dan robot humanoid, bersama HONOR Magic V6, MagicPad 4, dan MagicBook Pro 14, HONOR sedang merapatkan jurang antara AI digital dan fizikal. Daripada robotik berteraskan tubuh yang bersifat eksperimen kepada kejuruteraan peranti boleh lipat perdana dan produktiviti dipacu AI, pelancaran ini menandakan peralihan ke arah integrasi kecerdasan yang lebih mendalam merentasi perkakasan dan perisian.
