b9d67368-aee6-4d2f-8d0c-a999f1370bea_144148c5

Huawei secara rasmi melancarkan Huawei Mate 80 Pro bagi pasaran Malaysia pada harga RM3,999. Telefon pintar mercu ini dibuka untuk pra-tempahan bermula hari ini.

Pelancaran ini menandakan kepulangan siri Mate ke pasaran Malaysia selepas tiga tahun menyepi. Sebelum ini, Huawei tidak membawa masuk siri Mate 70 ke pasaran Malaysia.

Telefon pintar ini menggunakan casis yang diperbuat daripada binaan kaca tahan lasak Kunlun generasi kedua Huawei. Ia menjadikannya kukuh tanpa menambah beban beratnya.

Berikut adalah senarai spesifikasi ringkas Huawei Mate 80 Pro di pasaran Malaysia:

SpesifikasiButiran
Cipset (SoC)Kirin 9030
Memori (RAM)16GB
Storan Dalaman512GB
Paparan Skrin6.75 inci LTPO X-True OLED​
Resolusi1.5K (1280 x 2832 piksel)
Kadar Segar Semula120Hz​
Kecerahan Puncak3000 nits​
Kamera BelakangTiga Kamera: 50MP (Utama) + 48MP (Telefoto Periskop dengan 4x zum optikal) + 40MP (Sudut Ultra-lebar) ​
Kamera Hadapan13MP berserta sensor TOF 3D​
Kapasiti Bateri5750 mAh
Pengecasan100W berwayar, 80W tanpa wayar, 20W pengecasan berbalik tanpa wayar, 18W pengecasan berbalik berwayar​
Binaan & PerlindunganKaca Kunlun Generasi Kedua (Huawei Kunlun Glass 2), Rintangan air dan debu IP68/IP69​
Sistem OperasiHarmonyOS​
WarnaHitam, Hijau, Emas​

Sebagai ganjaran eksklusif, anda yang membuat pra-tempahan terawal berpeluang menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115, sementara stok masih ada.

Ganjaran berbentuk sebuah tablet MatePad 11.5 bernilai RM1,299 serta Perkhidmatan Premium Huawei bernilai RM816 yang menyediakan pelbagai perlindungan komprehensif seperti pertukaran bateri dan gantian pelindung skrin.

Anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan melalui laman web rasmi Huawei atau melalui kedai digital rasminya di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan TikTok.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading