Qualcomm-Snapdragon-8-Elite-Extreme-Gen-6-LOgo-950x535

HONOR mengesahkan siri Magic 9 bakal dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 6, pemproses telefon pintar pertama yang mencapai kelajuan teras maksimum sehingga 5GHz.

Pengumuman di akaun rasmi HONOR di Weibo tersebut hadir selepas Magic 9 Pro Max muncul di dalam pangkalan data penanda aras Geekbench baru-baru ini. Penggunaannya dijangka memberikan lonjakan dari sudut pengimejan fotografi serta kecekapan sistem.

Qualcomm memperkenalkan dua varian dalam siri ini, iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6. Kedua-duanya dihasilkan melalui proses fabrikasi termaju 2nm.

Cip ini turut dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) dengan memori khusus berkelajuan tinggi sebesar 18MB.

Bagi versi standard Snapdragon 8 Elite Gen 6, ia dilengkapi GPU Adreno 845 yang membawakan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10 peratus serta lonjakan kuasa grafik sebanyak 35 peratus.

Manakala edisi berprestasi tinggi, Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, menggunakan GPU Adreno 850. Ia mampu meningkatkan keupayaan grafik sehingga 44 peratus. Dalam pada masa yang sama menyertakan kapasiti AI tambahan untuk peranti kelas atasan.

Integrasi ‘Agentic AI’ Terus Pada Peranti

Selain peningkatan kuasa pemprosesan konvensional, Qualcomm menyepadukan ciri Agentic AI ke dalam siri cip mercu ini.

Teknologi ini membolehkan model kecerdasan buatan peribadi beroperasi sepenuhnya secara setempat. Selain dapat meningkatkan privasi, ia juga mempercepat tindak balas pembantu maya berasaskan suara dan analisis data peribadi tanpa kebergantungan penuh kepada pelayan awan.

Spekulasi Pembahagian Model Siri Magic 9

Setakat ini, HONOR belum memperincikan peranti mana yang akan menerima varian cip standard mahupun edisi Extreme.

Walau bagaimanapun, spekulasi menjangkakan Snapdragon 8 Elite Gen 6 untuk HONOR Magic 9. Manakala untuk Magic 9 Pro Max pula dijangka menggunakan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6.

Segala perincian lanjut, pengesahan spesifikasi penuh serta strategi penawaran siri HONOR Magic 9 dijangka akan terjawab sepenuhnya pada 28 September ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading