Amway_Docudrama_Pic3

Kuala Lumpur – Amway Malaysia mencipta satu lagi pencapaian penting menerusi pelancaran “THE STARTING LINE: One Step Might Change Everything”, filem pertama syarikat yang menghidupkan perjalanan keusahawanan Amway di layar perak. Penerbitan ini juga merupakan kali pertama sebuah syarikat jualan langsung di Malaysia menghasilkan filemnya sendiri, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam cara sesebuah jenama berhubung dengan masyarakat menerusi penceritaan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan AM50, “THE STARTING LINE” mengetengahkan bagaimana perniagaan Amway boleh membuka laluan kepada individu untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik. Menggabungkan penceritaan yang menarik dengan kisah sebenar daripada Pemilik Perniagaan Amway (ABO), filem ini mengikuti perjalanan tiga rakyat Malaysia biasa yang berdepan pelbagai cabaran sambil mengambil langkah untuk mencapai matlamat mereka menerusi perjalanan perniagaan Amway. Pada terasnya, filem ini mencerminkan kekuatan mengambil langkah pertama ke arah kemungkinan baharu, dengan menonjolkan bagaimana satu keputusan mampu membuka pintu kepada peluang baharu dan mengubah hala tuju masa depan seseorang.

Menerusi  “THE STARTING LINE”, kami ingin mengetengahkan sebuah kisah yang mampu menyentuh dan memberi inspirasi kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan kehidupan. Perniagaan Amway membuka peluang kepada individu untuk membina kemahiran, meningkatkan keyakinan diri serta mengukuhkan daya tahan kewangan mereka. Bersempena ulang tahun ke-50 Amway di Malaysia, kami berharap filem ini dapat menggalakkan lebih ramai individu meneroka potensi keusahawanan bersama Amway dan menyedari bahawa setiap kejayaan bermula dengan keberanian untuk mengambil langkah pertama,” kata Jason Leng, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.

Dari 19 hingga 22 Oktober 2026, Amway Malaysia membawakan “THE STARTING LINE” kepada lebih 1,700 penonton di sembilan bandar di seluruh negara menerusi program AM50 Movie Premiere and Platinum Meeting. Bermula di GSC Aurum, The Exchange TRX, tayangan eksklusif ini memberi peluang kepada barisan pemimpin Pemilik Perniagaan Amway untuk menonton filem tersebut lebih awal sebelum pelancarannya di YouTube, sebagai sebahagian daripada sambutan AM50 yang lebih menyeluruh.

Filem ini menerima maklum balas positif daripada penonton, yang memuji cara ia menggambarkan secara dekat dan realistik cabaran yang dihadapi apabila seseorang mengambil keputusan untuk melakukan perubahan. Menerusi pengalaman tiga watak utamanya, “THE STARTING LINE” menyerlahkan keazaman serta proses pembelajaran yang boleh dilalui dalam membina perniagaan Amway.

Bagi Amway Malaysia, filem ini menawarkan satu lagi pendekatan untuk berkongsi pengalaman sebenar Pemilik Perniagaan Amway serta membantu masyarakat memahami bagaimana keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan diri. Ia juga mencerminkan tujuan Amway, iaitu Membantu Insan Menjalani Kehidupan yang Lebih Baik.

Saksikan sendiri kisah ini menerusi “THE STARTING LINE: One Step Might Change Everything” oleh Amway Malaysia di YouTube.

Leave a Reply