Telefon pintar mercu yang dinanti-nantikan, HONOR Magic9 Pro Max, mencatatkan sambutan luar biasa apabila kesemua unit bagi Tempahan Awal Eksklusif (Early Bird Exclusive) habis dijual hanya dalam tempoh satu hari selepas tempahan dibuka pagi ini.
Menurut kenyataan rasmi HONOR, pencapaian luar biasa ini berjaya mengatasi rekod tempahan awal model terdahulunya. Kejayaan tersebut sekali gus menandakan permintaan yang jauh lebih kukuh daripada pengguna di Malaysia terhadap peranti terbaharu dalam siri Magic itu.
Keupayaan Pengimejan Sinematik Bersama ARRI Tarik Minat Pengguna

Sambutan hangat ini mencerminkan minat mendalam rakyat Malaysia terhadap teknologi kamera peranti tersebut. HONOR Magic9 Pro Max menampilkan keupayaan pengimejan sinematik yang dibangunkan secara bersama dengan ARRI, pengeluar peralatan kamera filem profesional terkemuka dunia.
Kolaborasi strategik ini direka untuk membawakan kualiti dan pengalaman pembikinan filem bertaraf profesional terus ke dalam genggaman pengguna telefon pintar. Susulan pencapaian tersebut, pihak HONOR turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan padu serta keyakinan yang diberikan terhadap HONOR Magic9 Pro Max.
Jaminan Stok Untuk Tempoh Pratempahan Akan Datang
Bagi pengguna yang terlepas peluang mendapatkan peranti ini semasa sesi Tempahan Awal Eksklusif, pihak HONOR memberi jaminan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Bandingkan Telefon
Syarikat teknologi tersebut memaklumkan bahawa mereka sedang memastikan bekalan stok yang mencukupi sepanjang tempoh pratempahan yang akan datang. Langkah ini diambil bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keupayaan pengimejan sinematik revolusioner yang ditawarkan oleh HONOR Magic9 Pro Max.
Siaran Langsung Pelancaran Rasmi Pada 24 Novemebr
Orang ramai serta peminat teknologi tempatan dipelawa untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan acara pelancaran rasmi HONOR Magic9 Pro Max.
Bandingkan Telefon
Acara tersebut akan disiarkan secara langsung melalui laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada 24 November 2026, jam 3.00 petang.
Menerusi siaran langsung berkenaan, penonton berpeluang mengetahui pendedahan spesifikasi penuh telefon pintar tersebut di samping beberapa pengumuman menarik lain yang bakal dikongsikan sepanjang majlis pelancaran berlangsung.
Maklumat lanjut layari www.honor.com/my/.
