KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sayap pelaburan kerajaan itu berkuat kuasa hari ini.

Khazanah dalam satu kenyataan sebentar tadi, turut meletak jawatan sebagai Pengarahnya ialah Datuk Seri Johari Ghani dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, masing-masing berkuatkuasa kelmarin dan 23 Mei 2018.

Difahamkan, peletakan jawatan itu susulan daripada pertukaran kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 .

Ia terbabit dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, pelancongan, hartanah, kreatif dan media, pendidikan serta inovasi dan teknologi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading