Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah bersikap zalim kepada mereka, biarpun sebelum ini mereka berkhidmat untuk kepentingan parti lawan.

“Mereka akan dapat habuan hari raya, tetapi kita dapati 17,000 adalah lantikan politik dan datang daripada parti lawan, bukan kerajaan, justeru kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari in.

“Jawatan itu tiada kerja, sebaliknya berkhidmat untuk parti, malah ada penjawat kerajaan yang mencemarkan diri mereka dengan mengambil bahagian dalam kempen politik.

“Kita ada (bukti) video untuk kegiatan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading