Operasi yang bermula jam 4 petang itu dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Seramai 330 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan 170 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan.
Muhyiddin yang pertama kali turun padang dalam operasi itu selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri berkata, operasi itu bertujuan membanteras masalah PATI demi kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara.
“Semua warga asing yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki permit sah dan tinggal lebih masa,” katanya.
Yang turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
