Dr Mahathir berkata, perbincangan dengan Abe itu akan berlangsung ketika beliau menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Jepun, pada 11 dan 12 Jun ini.

Ia adalah lawatan luar negara pertama Dr Mahathir selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan mengejutkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan lalu.

“Tapi kita tidak akan bincang perkara yang terlalu penting kerana tumpuan utama adalah mengukuhkan hubungan dua hala. Saya juga akan bercakap sedikit mengenai Dasar Pandang Ke Timur,” katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota Pakatan Harapan Langkawi di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada kerajaan merancang untuk bertemu International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk memohon pengurangan jumlah hutang 1MDB, Dr Mahathir berkata, belum sampai ke tahap untuk membincangkan sebarang perjanjian mengenainya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kerajaan sedang menjalankan kajian ke atas semua hutang 1Malaysia Development Board (1MDB).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji keseluruhan hutang 1MDB sebelum berbincang dengan IPIC.

“Kita belum sampai ke tahap demikian, tumpuan sekarang adalah kesan hutang, perjanjian dan syarat yang dikenakan untuk kesemua pinjaman itu,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading