LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu fokus pada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkannya pada 1980-an apabila berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Jepun pada 11 dan 12 Jun ini.

Mengesahkan kepada pemberita di sini bahawa beliau akan ke Jepun bagi menghadiri persidangan tahunan anjuran Nikkei-Shimbun itu, beliau berharap lawatan itu juga akan memperkukuhkan  lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun.

Lawatan ke Jepun itu yang dijadualkan minggu depan merupakan lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke luar negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata kerajaan masih belum sampai ke tahap untuk membincangkan sebarang perjanjian khususnya membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi melunaskan hutang 1MDB.

“Kami belum sampai ke tahap itu lagi. Kami masih mengkaji implikasi perjanjian pinjaman dan terma pinjaman,” katanya. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading