Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Musa menyelesaikan isu perundangan.

“Keputusan ini dibuat kerana kita yakin Musa akan fokus dalam menyelesaikan masalah perundangan yang sedang dihadapinya kini terutamanya petisyen,” katanya. 

Beliau ditemui selepas hadir di perjumpaan tertutup perwakilan UMNO negeri di Bangunan UMNO Sabah di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai baki kerusi UMNO di Sabah, beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO tidak hadir di perjumpaan itu.