PUTRAJAYA – Elaun keraian pegawai tinggi kerajaan akan dipotong sebanyak 10 peratus.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia adalah sebahagian daripada langkah ke arah penjimatan perbelanjaan kerajaan.
“Ia melibatkan pegawai berpangkat Jusa A dan ke atas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di sini hari ini.
Pada 23 Mei lalu, kerajaan memutuskan memotong 10 peratus gaji asas jemaah menteri berkuat kuasa serta merta bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kewangan negara.
