PUTRAJAYA: Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 dijadual bermula pada 16 Julai ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sidang Parlimen berkenaan akan berlangsung selama 20 hari bermula.
Beliau berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan untuk mengadakan sidang berkenaan.
“Pada 16 Julai itu, kita akan melantik Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara selain majlis angkat sumpah pada hari sama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga akan merasmikan sidang Dewan Rakyat serta menyampaikan titah perasmian pada 17 Julai 2018.
