KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Hishamuddin Rais menafikan beliau memuat naik artikel berbaur hasutan dan hinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V di blognya Rabu lalu.

Zaid Malek, peguam yang mewakili Hishamuddin berkata, mereka sudah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, petang semalam, mendakwa blognya digodam sebelum menulis dan memuatnaik artikel berbaur hinaan itu.

“Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan. Kami hadir di Balai Polis Petaling malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan.

“Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-sejam setengah dan selesai jam 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada media, Zaid dikatakan menemani Hishamuddin ke balai polis Sri Petaling kira-kira 10.30 malam tadi.

Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com dilaporkan melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap Seri Paduka Baginda termasuk mendakwa Agong terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Malah tulisan blog itu sempat tular di laman sosial, bagaimanapun tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading