KUALA LUMPUR : Ganjaran RM100,000 menanti buat mana-mana individu yang dapat mencadangkan cara atau berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Itu perkongsian Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng selepas ada ahli perniagaan yang tidak ingin dikenali telah bertemu beliau dan meminta bantuannya untuk menguar-uarkan tawaran ini.

“Ada ahli perniagaan bertemu saya dan berkata beliau marah dengan Jho Low akibat pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Lip Eng, bagi sesiapa yang ingin mendapat ganjaran tersebut setelah menepati termanya boleh menghubungi beliau sendiri melalui akaun media sosialnya supaya dapat dirujuk kepada ahli perniagaan tersebut.

Pada 7 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis agar Jho Low tampil membantu siasatan.

Jho Low diminta menghubungi SPRM berkaitan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1MDB.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading