JEMPOL: Kecurigaan seorang lelaki melihat kotak di hadapan rumahnya membawa kepada penemuan bayi perempuan di Taman Serting Indah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata bayi berkenaan ditemui pada jam 9.20 pagi ketika lelaki itu keluar dari rumah untuk ke kedai.

“Beliau terkejut sebaik menemui seorang bayi di dalamnya dan segera menghubungi pihak polis.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan keterangan saksi berusia 46 tahun itu sudah diambil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading