Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, berkata peletakan jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Jumaat lalu, dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara kelmarin.

“Pada 15 Mei lalu, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan bertemu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan sudah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“Selaras pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa 31 Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading