Jerawat, pigmentasi, liang pori yang membesar, tekstur kulit tidak sekata serta tanda-tanda awal penuaan merupakan antara masalah kulit yang lazim dihadapi rakyat Malaysia pada masa kini. Dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap, tekanan gaya hidup serta faktor persekitaran, ramai individu terus berdepan masalah kulit berpanjangan yang tidak semestinya dapat diatasi sepenuhnya melalui penggunaan produk penjagaan kulit sahaja.
Satu kajian serantau yang melibatkan pesakit Asia yang mendapatkan rawatan dermatologi mendapati bahawa 58.2% daripada mereka mengalami hiperpigmentasi pascakeradangan (post-inflammatory hyperpigmentation atau PIH) selepas mengalami jerawat. Dapatan ini menunjukkan bahawa masalah pigmentasi dan parut masih boleh menjejaskan pesakit walaupun jerawat aktif telah beransur pulih.

Selain masalah berkaitan jerawat, rakyat Malaysia juga semakin menitikberatkan kualiti kulit secara menyeluruh, termasuk memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan penampilan liang pori yang ketara, meningkatkan keanjalan kulit serta menangani tanda-tanda awal penuaan.
Masalah ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk genetik, perubahan hormon, pendedahan kepada cahaya matahari, tabiat gaya hidup dan tekanan persekitaran. Keadaan ini turut menyumbang kepada peningkatan minat terhadap rawatan estetik invasif minimum yang bertindak melangkaui permukaan kulit bagi menangani masalah tertentu, di samping menyokong perubahan secara beransur-ansur dengan hasil yang kelihatan semula jadi.
Trend ini mencerminkan perkembangan lebih luas dalam pasaran dermatologi estetik di Malaysia. Segmen peremajaan kulit diunjurkan menjadi segmen yang berkembang paling pesat, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 19.52% antara 2025 hingga 2032.
Pasaran dermatologi estetik Malaysia secara keseluruhannya, yang bernilai kira-kira AS$175.65 juta pada 2024, dijangka terus berkembang. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan kesedaran terhadap rawatan invasif minimum, pendapatan boleh guna yang lebih tinggi serta penerimaan yang semakin meluas terhadap penyelesaian kesihatan kulit yang berpandukan kepakaran perubatan.

Menurut Pengarah Perubatan Premier Clinic, Dr Kee Yong Seng, pengguna hari ini semakin berpengetahuan dan mencari penyelesaian yang menyokong kesihatan kulit untuk jangka panjang. Walaupun rutin penjagaan kulit harian kekal penting, sesetengah masalah kulit tidak semestinya dapat diatasi sepenuhnya melalui produk sapuan sahaja. Keadaan ini mendorong lebih ramai pengguna mendapatkan nasihat profesional serta pendekatan rawatan yang diperibadikan.
“Pesakit hari ini bukan sekadar mencari perubahan sementara. Mereka mahu memahami masalah kulit yang dihadapi dengan lebih baik dan meneroka penyelesaian yang dapat menyokong kualiti kulit yang lebih sihat untuk jangka panjang.
“Ramai pesakit datang kepada kami selepas mencuba pelbagai produk penjagaan kulit, rawatan kecantikan atau perubahan gaya hidup, namun masih berdepan masalah seperti parut jerawat, tekstur kulit tidak sekata atau pigmentasi.
“Peranan kami sebagai doktor adalah untuk menilai keadaan kulit mereka, memahami matlamat yang ingin dicapai dan mengesyorkan pendekatan rawatan yang paling sesuai berdasarkan keperluan individu. Rawatan estetik perubatan seharusnya melengkapi rutin penjagaan kulit harian dan amalan gaya hidup sihat dengan menangani masalah yang mungkin memerlukan pendekatan lebih bersasar,” katanya.
Melangkaui Penjagaan Kulit Pada Permukaan Sahaja
Salah satu pendekatan rawatan yang semakin mendapat perhatian pengguna ialah radiofrequency (RF) microneedling, iaitu rawatan yang menggabungkan teknik jarum mikro terkawal dengan tenaga frekuensi radio bagi menyokong tindak balas pemulihan semula jadi kulit.

Berbeza dengan produk penjagaan kulit konvensional yang kebanyakannya bertindak pada lapisan paling luar kulit, RF microneedling menyalurkan tenaga terkawal ke kawasan tertentu di bawah permukaan kulit.
Pendekatan ini sesuai dipertimbangkan bagi menangani masalah seperti:
- Parut jerawat dan tekstur kulit tidak sekata.
- Pigmentasi dan hiperpigmentasi pascakeradangan (PIH).
- Liang pori yang membesar.
- Garisan halus dan tanda awal kulit kehilangan keanjalan.
- Kualiti kulit secara keseluruhan serta ketegangan kulit.
Antara teknologi RF microneedling yang tersedia pada masa kini ialah Potenza™, yang membolehkan doktor menyesuaikan tetapan rawatan mengikut keadaan kulit dan matlamat rawatan setiap individu.

Menurut Dr Foo Wing Jian, Doktor Estetik Kanan dan pemegang sijil LCP di Premier Clinic Mont Kiara, keadaan kulit setiap pesakit adalah berbeza dan memerlukan pendekatan rawatan yang bersesuaian.
“Setiap pesakit mempunyai keadaan kulit yang berbeza. Individu yang mengalami parut jerawat memerlukan pendekatan yang berlainan berbanding mereka yang ingin meningkatkan ketegangan kulit, memperbaiki tekstur tidak sekata atau menangani tanda-tanda awal penuaan.
“Inilah sebabnya perancangan rawatan yang diperibadikan amat penting kerana tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua masalah kulit.
“Kelebihan RF microneedling ialah tetapan rawatan boleh diselaraskan mengikut keadaan kulit dan matlamat setiap pesakit. Ini membolehkan doktor merangka pendekatan yang lebih bersasar berbanding menggunakan satu kaedah rawatan yang sama untuk semua individu.
“Dengan teknologi seperti Potenza™, doktor mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk menyesuaikan parameter rawatan bagi menangani pelbagai masalah kulit, di samping menyokong peningkatan kualiti kulit secara keseluruhan,” katanya.
Apakah Yang Membezakan Potenza?
Dengan semakin banyak pilihan rawatan estetik yang tersedia pada masa kini, pemilihan penyelesaian yang tepat berdasarkan masalah kulit individu menjadi semakin penting berbanding sekadar mengikuti trend terkini.
Keadaan kulit yang berbeza memerlukan pendekatan berlainan, manakala rawatan perlu disesuaikan mengikut keperluan dan hasil yang ingin dicapai oleh setiap pesakit.

Salah satu kelebihan utama Potenza™ ialah fleksibilitinya, yang membolehkan doktor menyesuaikan tetapan rawatan berdasarkan keadaan kulit setiap individu.
Dengan menggabungkan teknologi jarum mikro dan tenaga frekuensi radio, Potenza membolehkan doktor menangani masalah kulit yang ketara serta meningkatkan kualiti kulit secara keseluruhan dengan menyasarkan lapisan kulit tertentu.
Pendekatan yang diperibadikan ini membezakannya daripada rawatan standard yang mungkin tidak disesuaikan dengan keperluan kulit setiap individu.
“Banyak produk penjagaan kulit dan rawatan estetik boleh membantu memperbaiki penampilan kulit, namun sesetengah masalah memerlukan pendekatan yang lebih bersasar.

“Pengguna hari ini juga semakin teliti. Mereka membandingkan pelbagai teknologi, bertanya tentang bukti klinikal dan mahu memahami sebab sesuatu rawatan disyorkan kepada mereka.
“Perbincangan kini tidak lagi sekadar berkisar tentang mengikuti trend, sebaliknya beralih kepada pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat berdasarkan keadaan kulit masing-masing,” jelas Dr Foo.
Permintaan terhadap penyelesaian kesihatan kulit yang diperibadikan turut berkembang merentasi pelbagai kumpulan umur, dengan setiap generasi mempunyai keutamaan dan jangkaan tersendiri.
Pesakit yang lebih muda semakin mencari penyelesaian bagi masalah seperti parut jerawat, liang pori membesar dan tekstur kulit tidak sekata. Mereka lazimnya menginginkan rawatan yang dapat memperbaiki kualiti kulit sambil mengekalkan penampilan semula jadi.
Sementara itu, pesakit yang lebih berusia cenderung memberikan tumpuan kepada usaha menangani tanda-tanda awal penuaan, termasuk pengurangan keanjalan kulit, perubahan tekstur serta usaha mengekalkan kesegaran kulit secara keseluruhan.

Tanpa mengira usia, matlamat utama pesakit hari ini adalah untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif terhadap kesihatan kulit dengan memilih rawatan yang disesuaikan mengikut masalah individu dan menyokong kualiti kulit untuk jangka panjang, berbanding mengejar perubahan kosmetik jangka pendek.
Seiring perkembangan industri estetik Malaysia, tumpuan kini semakin beralih kepada pendekatan penjagaan kesihatan kulit yang lebih bijak dan diperibadikan.
Premier Clinic menggalakkan pengguna supaya melihat melangkaui trend dan penyelesaian segera dengan mendapatkan panduan profesional bagi mengenal pasti rawatan yang sesuai untuk masalah kulit masing-masing. Langkah ini penting bagi membantu memastikan hasil yang lebih selamat, berkesan dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Potenza, sila layari https://www.premier-clinic.com.
