KUALA LUMPUR — Bapa kepada model Mongolia Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev hari ini membuat laporan polis berhubung pembunuhan anaknya pada 12 tahun lepas.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 11.35 pagi bersama peguam keluarganya, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata laporan berkenaan dibuat untuk meminta polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan itu.

“Ia hanyalah laporan polis biasa, maknanya jika ada petunjuk baharu dalam kes ini (pembunuhan Altantuya) ia akan dibuat dalam siasatan polis.

“Sekiranya ada juga orang lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam kes ini, mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading