PENGERUSI Permodalan Nasional Bhd (PNB) Abdul Wahid Omar dijangka berundur daripada jawatannya.
Ia memetik sumber mengatakan Wahid yang menerajui dana pengurusan aset terbesar negara sejak Ogos 2016 itu dijangka berundur bulan depan.
“Dia (Wahid) sedang berunding syarat pengunduran daripada PNB dan Sime Darby Property,” kata sumber dipetik laporan itu.
Wahid juga adalah pengerusi Sime Darby Property Bhd. PNB adalah pemegang kepentingan majoriti syarikat itu.
Pengunduran Wahid sudah menjadi perbualan sejak 9 Mei. Dua hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan, beliau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). – 21 Jun, 2018.
