PENGADIL Piala Dunia Mark Geiger menafikan dakwaan meminta jersi kapten Portugal, Cristiano Ronaldo ketika pasukan itu menentang Morocco, Rabu lalu.
FIFA dalam satu kenyataan mengutuk keras dakwaan yang dibuat pemain Morroco, Nordin Amrabat selepas kekalahan 1-0 pasukan itu.
Amrabat yang beraksi bersama Watford berkata rakan pasukan Ronaldo, Pepe memberitahunya mengenai perkara itu.
Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan itu yang menyaksikan Morocco tersingkir daripada temasya berprestij berkenaan.
Bercakap kepada TV Belanda, Amrabat dilaporkan berkata:”Saya tidak tahu apa fungsi pengadil, tetapi dia sangat kagum dengan Cristiano Ronaldo.”
“Dan saya dengar dari Pepe pengadil bertanya kepada Ronaldo pada babak pertama sama ada dia boleh mendapatkan jersi pemain itu.”
