Beliau berkata demikian dalam klip video yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp berdurasi 39 saat sambil memakai jaket belang hijau dan hitam serta berlatar belakangkan tirai biru.
Jamal mendakwa beliau masih dalam negara dan berada dalam keadaan sihat.
Ini terbukti dalam satu lagi klip video berasingan, Jamal menegaskan, calon Ketua Pemuda UMNO perlu berani di lapangan dan bukan hanya banyak bercakap.
“Jangan bimbang kena tangkap, kena reman dan kena tuduh.
“Saya sudah (menghadapi) berpuluh-puluh tuduhan, tak bimbang pun, tapi sampai sekarang tak bisa dikesan dalam radar.
“Ini baru boleh jadi pemimpin ketua. Dikepung malah direman pun boleh lolos,” katanya dalam video berdurasi 44 saat itu.
Ironinya, Jamal hanya berani bercakap secara bersembunyi, berbanding muncul secara terbuka.
Terdahulu, Jamal tersenarai dalam sembilan calon Ketua Pemuda yang bakal bertanding dalam pemilihan UMNO, termasuk Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.
