Jamal dapat undi besar jadi Ketua Pemuda di bahagian Sungai Besar

Sementara itu, calon lain, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 32 undi, Abdul Razak Mohamed Yusof (7),  Imbran Afham Armen (2), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (2) dan Mohd. Shahar Abdullah (1).

Manakala tiga lagi calon, iaitu Wan Md. Hazlin Agly Wan Hassan, Syed Rosli Syed Harman dan Khairul Azwan Harun tidak mendapat sebarang undi 

Seramai 197 perwakilan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada pemilihan tersebut dengan terdapat satu undi rosak.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal yang muncul dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar kerana memberikan kemenangan majoriti yang cukup besar kepada saya.

“Satu langkah, satu petanda awal yang cukup baik untuk saya… Terima kasih, saya menang di Bahagian UMNO Sungai Besar,” katanya.