Pemansuhan caj parkir kenderaan itu bermakna setiap pengguna kenderaan boleh meletak kenderaan di semua 2,811 petak letak kenderaan di kawasan MPJ secara percuma pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew, berkata pemansuhan caj petak letak kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum itu diyakini mampu memberi impak ekonomi secara menyeluruh bagi penduduk di daerah Jasin.
“Bagaimanapun, penguatkuasaan masih dijalankan oleh MPJ bagi mengelakkan pengguna kenderaan menyalahi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya selepas simbolik majlis pelancaran pemansuhan caj parkir kenderaan, di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Yang Dipertua MPJ, Mustaffa Ali.
Berdasarkan rekod, sebanyak 800 petak letak kenderaan di bandar Jasin disewakan kepada sebuah syarikat swasta, manakala bakinya diuruskan oleh MPJ dengan kutipan purata sebanyak RM40,000 sebulan menerusi kutipan yang dilaksanakan dari Isnin sehingga Sabtu sebelum ini.
Kok Kiew berkata, langkah pemansuhan caj parkir kenderaan di seluruh Melaka pada hujung minggu dan cuti umum bakal mengurangkan kutipan hasil PBT sebanyak RM2 juta setahun.
