MELAKA: Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah Limbongan, Rahmah Dolah, 73, meninggal dunia di sini, hari ini akibat sakit jantung.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Melaka pada jam 12.57 tengah malam tadi, selepas mengadu kembali demam.

Anak ketiganya, Junaidah Jalil, 43, berkata ibunya sebelum ini dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sesak nafas pada malam hari raya kedua lalu.

“Ibu memang menghidap sakit jantung sejak kira-kira enam tahun lalu dan dia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada. Pada awalnya, disangka sakit biasa, namun semakin teruk.

“Justeru, ibu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) selama lima hari. Apabila sedar dan kelihatan sihat lalu ibu dipindahkan ke wad biasa selama tiga hari, sebelum dilapor demam dan diserang sakit jantung malam tadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Limbongan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading