SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN Ke-14.

Nama wakil rakyat DAP itu dicadangkan oleh ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari dan disokong ADUN Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim.

Suee Lim kemudian mencadangkan ADUN Paya Jaras dari PKR, Khairuddin Othman sebagai Timbalan Speaker dan disokong ADUN Kota Kemuning, V Gananatirau.

Terdahulu, seramai 56 ADUN termasuk empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan seorang wakil rakyat PAS mengangkat sumpah sebagai ADUN.

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie bagaimanapun tidak hadir majlis angkat sumpah kerana faktor kesihatan.

Majlis angkat sumpah dimulakan dengan Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor.

Ia disusuli 10 EXCO kerajaan Selangor iaitu Chang Kim; Ganabatirau; ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud; ADUN Pandan Indah, Izham Hashim dan ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha.

ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari; ADUN Kinrara Ng Sze Han; ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dan ADUN Kajang, Hee Loy Sian.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading