Kuala Lumpur: Majlis berinai @ Mehendi & Sangeet Night, Mazreen Shanim Datuk Seri Shaheen Mirza Habib yang bertemakan Bollywood berlangsung meriah di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ratu sehari merupakan puteri bongsu kepada Allahyarham Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau lebih dikenali sebagai Iron Lady.
Mazreen bakal berkahwin dengan Mohamed Ameer Shazrin yang merupakan anak kedua kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Majlis berinai turut dihadiri oleh DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.
Turut hadir Datin Seri Shamsidar Taharin isteri kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada 21 Julai. Manakala majlis persandingan akan diadakan pada keesokan harinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
