KUALA LUMPUR: Kadar sewa kem yang terlalu tinggi bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah perkara utama dikaji jawatankuasa khas di bawah Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pemeriksaan mendapati 43 peratus daripada kos keseluruhan RM8 bilion yang dibayar hanya untuk sewa kem.
“Kita membelanjakan sebahagian besar peruntukan PLKN hanya untuk membayar sewa kem pada kadar terlalu tinggi, bukannya bagi aktiviti kokurikulum atau perkara lain.
Beliau menjawab soalan Wong Han Wai (PH-PKR Bukit Bendera) berhubung jumlah perbelanjaan akumulatif PLKN yang dimulakan sejak 2003 dan hala tuju program berkenaan.
Mohamad berkata, pembatalan PLKN turut terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) berikutan program berkenaan dilihat tidak mencapai objektif dan bersifat pembaziran.
Katanya, program boleh diteruskan jika menerima peruntukan diperlukan, selain modul yang bersesuaian.
PLKN diperkenalkan sebagai program tiga bulan pada Disember 2003 sebelumdihentikan selama setahun pada 2015 berikutan potongan peruntukan oleh kerajaan dan kembali pada 2016 sebagai PLKN 2.0.
