FASTQ-868.jpg (1) (1)

Shah Alam – Usaha dan pengorbanan pelajar FASTQ yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diraikan menerusi penganjuran Majlis Kecemerlangan Pelajar FASTQ 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh gemilang.

Majlis berkenaan menghimpunkan pelajar dari seluruh negara yang telah menunjukkan prestasi membanggakan selepas mengamalkan produk makanan tambahan FASTQ, sekali gus menjadi bukti keberkesanannya dalam menambah baik daya fokus dan membantu dalam pembelajaran pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif FASTQ SDN BHD, Zam Khairunnaim Muhammad Zamri atau lebih dikenali sebagai Cikgu Naim berkata, berkata cabaran utama pelajar masa kini bukan sekadar menghafal pelajaran, sebaliknya kemampuan mengekalkan fokus serta kestabilan emosi ketika belajar.

Ketua Pegawai Eksekutif FASTQ, Zam Khairunnaim Muhammad Zamri (Cikgu Naim) bersama pelajar cemerlang 12A SPM 2025.

Beliau menjelaskan ramai pelajar sebenarnya rajin dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, namun mudah hilang fokus, sukar memahami pembelajaran dan gagal mengingati apa yang dipelajari apabila berdepan jadual pembelajaran yang padat tanpa sokongan nutrisi yang sesuai.

“Ramai pelajar merasakan belajar itu hanya tentang hafalan. Hakikatnya sebelum hafalan berlaku ada dua perkara paling penting iaitu fokus dan emosi yang stabil,” katanya dalam sidang media di hotel Doubletree I-City disini hari ini.

Menurut beliau lagi, faktor pemakanan turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar. Justeru, FASTQ dibangunkan dengan gabungan lapan bahan termasuk susu kambing, pegaga, madu dan koko yang diproses dalam bentuk coklat (chewable) yang sedap bagi memudahkan pengambilan secara konsisten.

“Bila pelajar ambil FASTQ mereka rasa macam makan coklat premium. Mereka tidak rasa seperti sedang mengambil ubat atau suplemen,” ujarnya lagi.

FASTQ yang telah berada di pasaran selama sembilan tahun memaklumkan lebih 300,000 pelajar telah menggunakan produk tersebut.

FASTQ turut berharap lebih ramai pelajar dan ibu bapa memberi perhatian terhadap kepentingan sokongan nutrisi minda dalam membantu proses pembelajaran.

Beliau berkata, matlamat jangka panjang FASTQ adalah untuk menjadi pilihan utama makanan tambahan minda yang dapat membantu pelajar menghadapi cabaran pembelajaran masa kini.

FASTQ turut merancang untuk memperluaskan penganjuran majlis ini pada masa akan datang bagi menghimpunkan lebih ramai pelajar cemerlang dari seluruh negara.

Sementara itu, seorang pelajar yang berjaya mendapat keputusan 7A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Aliah Binti Mustafa Bakri berkongsi berjaya tingkatkan fokus dan ingatan dengan mengamalkan FASTQ.

“Saya mempunyai masalah mudah lupa atau short memory. Apa yang dipelajari mudah lupa dan sejak amalkan FASTQ secara konsisten, ia menjadikan saya mudah ingat setiap yang dipelajari. Sebelum ini, saya hanya memperoleh 1A dalam peperiksaan percubaan SPM, namun dengan usaha berterusan dan asbab konsisten mengamalkan FASTQ, saya berjaya mencapai peningkatan membanggakan dengan memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM sebenar.”

“Saya amat berterima kasih dengan ibu yang memperkenalkan produk ini dan berharap FASTQ menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar lebih-lebih lagi yang bakal menhadapi peperiksaan” jelasnya.

Majlis Kecemerlangan Pelajar FASTQ 2026 turut menampilkan selebriti Nabila Razali dalam sesi perkongsian kejayaan pelajar SPM 2025 yang mengamalkan produk ini.

Leave a Reply