Outlook-3bermjg2

Daripada mesyuarat berturut-turut hinggalah sesi gaming lewat malam, hari anda tak pernah perlahan dan telefon anda pun sepatutnya begitu. Dengan siri Galaxy A yang terbaru, Prestasi Awesome bukan sekadar ciri, ia adalah asas utama. Dibina untuk mengendalikan apa sahaja yang anda lakukan, Galaxy A57 5G direka untuk sentiasa mengikuti rentak anda sebab kalau kurang daripada itu? Memang tak ngam.

Prestasi Yang Mengikut Rentak Anda

Di terasnya ialah pemproses yang dipertingkatkan, memberikan kelajuan lebih pantas dan pengalaman yang lebih responsif dalam setiap penggunaan. Segala aktiviti harian terasa lebih lancar serta-merta sama ada anda bertukar antara aplikasi, mengedit kandungan dengan cepat, atau mengimbangi urusan kerja dan kehidupan sosial serentak.

Inilah prestasi yang benar-benar berfungsi untuk anda, supaya anda tak perlu menunggu lama lagipun, siapa ada masa untuk itu?!

Pendek kata, semuanya terasa lebih baik dan lebih lancar tanpa anda perlu memikirkannya.

Dan untuk pengalaman yang lebih pintar, Galaxy A57 5G melangkah lebih jauh. Dengan peningkatan besar pada kuasa AI dan kelajuan memorinya (ya, sehingga 167% lebih pantas untuk prestasi NPU dan sehingga 75% lebih pantas untuk memori), ia mampu mengendalikan pelbagai tugas dengan lebih cekap di sebalik tabir seperti mempertingkat gambar anda secara automatik atau membantu aplikasi berjalan lebih lancar.

Hasilnya? Semuanya terasa lebih baik dan lebih lancar, tanpa anda perlu memikirkannya.

Tiada lag. Tiada drama. Aye Tetap Ngam.

Bila Kehidupan Jadi Sibuk, Ia Tetap Lancar

Sudah tentu, prestasi hebat bukan sekadar tentang kelajuan tetapi juga tentang konsistensi. Sebab itu Galaxy A57 5G dilengkapi dengan sistem penyejukan canggih bersama ruang wap (vapor chamber) yang besar untuk membantu mengawal haba walaupun ketika penggunaan intensif. Sama ada anda sedang bermain game penuh aksi, menonton penstriman berjam-jam, atau multitasking sepanjang hari, peranti ini kekal sejuk dan stabil supaya prestasi sentiasa mantap tanpa gangguan atau perlahan.

Ya, walaupun keadaan mula jadi “panas”.

Kuasa Yang Bertahan Lebih Lama

Menggerakkan semuanya ialah bateri tahan lama yang mampu mengikuti rutin harian anda. Dengan ketahanan bateri sehingga dua hari, anda boleh terus berhubung, produktif dan berhibur lebih lama tanpa perlu sentiasa memeriksa peratus bateri atau mencari pengecas.

Dengan Galaxy A57 5G, semuanya digabungkan untuk memberikan pengalaman telefon pintar yang pantas, lancar dan tahan lama. Kerana apabila hari anda menuntut lebih banyak, anda perlukan peranti yang mampu mengikuti rentak anda dan inilah Awesome Performance yang direka untuk kehidupan sebenar.

Aye Tetap Ngam, setiap masa.

Harga dan Ketersediaan

Anda boleh mendapatkan Galaxy A57 5G dan A37 5G terbaru bermula 25 Mac ini! Galaxy A57 5G ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue¹, manakala Galaxy A37 5G pula hadir dalam pilihan Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome Graygreen.

Bagi meraikan pelancarannya di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif menerusi Samsung Online Store, Samsung Experience Store, pengedar sah serta platform e-dagang yang mengambil bahagian:

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G

Promosi Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026, manakala Rebat Bank/Shopee PayLater pula berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.

Selain itu, pembelian juga boleh dibuat melalui Shopee PayLater dengan kadar faedah 0% sehingga 12 bulan, menawarkan pilihan pembiayaan yang lebih mudah dan berbaloi. Tawaran ini terpakai di Samsung Malaysia dan Samsung Shop App.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A57 5G:
Galaxy A57 5G

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A37 5G:
Galaxy A37 5G

Program Eco MBO untuk Telefon Pintar Samsung Galaxy A57/A37 (25 Mac – 10 Mei 2026)

Pelanggan yang membeli mana-mana model yang mengambil bahagian seperti disenaraikan di bawah daripada Kedai-Kedai Yang Mengambil Bahagian sepanjang Tempoh Promosi layak untuk membeli maksimum satu (1) unit model MBO yang disenaraikan di bawah pada harga diskaun dalam satu transaksi/resit yang sama.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading