ISTERI gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman selamat melahirkan putera sulungnya semalam.
 
Bayi comel itu dilahirkan secara normal pada jam 9.34 malam tadi (14 Januari 2019).
 
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Rody menerusi akaun Instagram di ruangan Insta Story sebentar tadi.
 
“Alhamdulillah, 9.34 malam tadi telah selamat anakku boy secara normal ke dunia.


 
“Tahniah isteriku Niena Azman, love you all,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, buat masa ini Rody belum berkongsi wajah anak sulungnya.
 
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan  pada 27 April 2018.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading