Adora Mediterranea_Exterior

Hwajing Travel & Tours membawa operasi homeport antarabangsa pertama Adora Cruises ke Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak pilihan percutian kapal persiaran kepada pelancong tempatan.

KUALA LUMPUR — Industri pelancongan kapal persiaran Malaysia mencatat satu lagi perkembangan positif apabila kapal persiaran Adora Mediterranea memulakan musim operasi homeport pertamanya di Malaysia hari ini. Kehadiran kapal tersebut menawarkan lebih banyak pilihan percutian kapal persiaran antarabangsa kepada rakyat Malaysia, selain mengukuhkan potensi Pelabuhan Klang sebagai pintu pelepasan kapal persiaran serantau.

Penempatan kapal ini menandakan operasi homeport luar negara pertama bagi Adora Cruises dan merupakan inisiatif terbaharu Hwajing Travel & Tours dalam membawa pengalaman pelayaran antarabangsa ke Malaysia.

Sepanjang tiga tahun berturut-turut, Hwajing Travel berjaya memperkenalkan lima penempatan kapal persiaran antarabangsa berkonsepkan homeport di Malaysia, meneruskan kejayaan program sewaan kapal terdahulu bersama Costa Serena pada 2024 dan MV Piano Land pada 2025.

Ketibaan Adora Mediterranea sekali lagi memperkukuh komitmen syarikat dalam memperluas pilihan percutian kapal persiaran serta meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelepasan kapal persiaran serantau.

Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd., Kenny Cheong berkata, pihaknya berbangga dapat mencapai satu lagi kejayaan penting dalam usaha membangunkan industri pelancongan kapal persiaran negara.

“Kami berbangga dapat mencatat satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan membangunkan pasaran pelancongan kapal persiaran Malaysia. Kepercayaan Adora Cruises kepada Hwajing Travel untuk mengendalikan penempatan homeport luar negara pertama mereka merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap pengalaman dan komitmen yang telah kami bina selama ini.

“Kami melihat potensi besar Adora Cruises sebagai jenama kapal persiaran Asia yang memahami cita rasa pelancong serantau, daripada aspek sajian makanan dan hiburan hinggalah pengalaman kebudayaan serta layanan mesra di atas kapal. Kami berharap dapat terus mengembangkan kerjasama ini dan membawa lebih banyak pengalaman pelayaran menarik ke Malaysia,” katanya.

Pengalaman pelayaran yang memenuhi cita rasa pelancong serantau

Adora Mediterranea menggabungkan reka bentuk berinspirasikan Mediterranean dengan pelbagai kemudahan dan pengalaman bertaraf antarabangsa, termasuk pilihan sajian makanan, persembahan hiburan secara langsung, bar bertema, kemudahan mesra keluarga serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang pelayaran.

Kapal ini menawarkan pengalaman percutian yang sesuai untuk keluarga, kumpulan pelancong daripada pelbagai peringkat usia, pasangan serta mereka yang pertama kali mencuba percutian menggunakan kapal persiaran.

Bagi memenuhi keperluan pelancong Malaysia dan rantau ini, Adora Mediterranea turut menyediakan pilihan makanan mesra Muslim serta kru perkhidmatan yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, termasuk Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Kemudahan ini dijangka memberikan pengalaman pelayaran yang lebih selesa dan mesra kepada penumpang dari Malaysia serta negara-negara jiran.

Malaysia berpotensi menjadi hab pelayaran serantau

Permulaan musim operasi homeport Adora Mediterranea di Malaysia turut membuka peluang lebih luas kepada kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China, yang disokong oleh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.

Perkembangan Adora Cruises, termasuk penyerahan Adora Flora City baru-baru ini, iaitu kapal persiaran besar kedua yang dibina sepenuhnya di China, mencerminkan perkembangan industri kapal persiaran negara tersebut serta potensi untuk memperkukuh kerjasama pelancongan serantau.

Bagi Malaysia, perkembangan ini membuka ruang untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai pintu masuk utama pelayaran serantau, menarik lebih banyak pengendali kapal persiaran antarabangsa serta meningkatkan aliran kedatangan pelancong ke destinasi sekitar Asia Tenggara.

Empat pilihan itinerari dari Pelabuhan Klang

Sepanjang musim operasi di Malaysia, Adora Mediterranea menawarkan empat pilihan itinerari dengan pelepasan dari Pelabuhan Klang, merangkumi destinasi popular di dalam dan luar negara.

Antara pilihan pelayaran yang ditawarkan ialah:

  • 3 Hari 2 Malam (3D2N): Pelabuhan Klang – Pulau Pinang – Pelabuhan Klang, bermula RM499.
  • 4 Hari 3 Malam (4D3N): Pelabuhan Klang – Pulau Pinang – Langkawi – Pelabuhan Klang, bermula RM799.
  • 4 Hari 3 Malam (4D3N): Pelabuhan Klang – Phuket – Pelabuhan Klang, bermula RM899.
  • 6 Hari 5 Malam (6D5N): Pelabuhan Klang – Nha Trang – Guangzhou, bermula RM1,299.

Sebanyak lapan pelayaran dijadualkan berlangsung dari 24 November hingga 14 Disember 2026. Pilihan itinerari yang ditawarkan merangkumi percutian singkat ke destinasi serantau sehinggalah pelayaran sehala yang lebih panjang menuju Guangzhou, China.

Kepelbagaian pilihan ini memberi peluang kepada keluarga, kumpulan pelancong daripada pelbagai generasi serta penggemar pelayaran baharu mahupun berpengalaman untuk memilih percutian yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet masing-masing.

Tempahan boleh dibuat menerusi Hwajing Travel & Tours. Tambang promosi dan tawaran istimewa adalah tertakluk kepada kekosongan, kategori kabin terpilih, tarikh pelayaran serta terma dan syarat yang berkuat kuasa.

Leave a Reply