KUCHING- Sebanyak 275 sekolah di lima daerah di negeri ini ditutup hari ini susulan Indek Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, petang semalam.

Daripada jumlah itu, 219 adalah sekolah rendah manakala 56 lagi sekolah menengah.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin, berkata berdasarkan sumber Jabatan Pendidikan Negeri, Padawan mencatat jumlah tertinggi dengan 96 sekolah.

Beliau berkata, Kuching pula mencatatkan 79 sekolah ditutup, Betong (44), Sri Aman (41), Serian (13) manakala Samaharan (2).

“Di Kuching 26 sekolah menengah dan 53 sekolah rendah ditutup, Samarahan hanya dua sekolah menengah, Padawan 18 sekolah menengah dan 78 sekolah rendah.

“Di Serian hanya membabitkan 13 sekolah rendah, Sri Aman lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah manakala Betong lima sekolah menengah serta 39 sekolah rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, IPU di Kuching terus menurun pada jam 10 pagi ini dengan bacaan terkini 149.

Samarahan turun kepada 122 dan kualiti udara di Sri Aman juga kini berada di tahap tidak sihat dengan bacaan 192.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading