Kuala Lumpur – Watsons Malaysia meraikan kehadiran Tahun Baru Cina dengan kempen terbaru #HappyBeautifulYear. Sebuah video baru untuk kempen promosi ini telah dilancarkan baru-baru ini yang berkisarkan perbezaan cara Orang Lama VS Orang Muda menyambut Tahun Baru Cina. Sejak ia dikeluarkan pada 7 Januari, iklan Watsons CNY 2020 ini telah mendapat 738k tontonan, 6.4k tanda suka, 328 komen dan 2.4k kongsian.

Bagi iklan Watsons 2020 ini, mereka sekali lagi berjaya menampilkan lagu perayaan CNY tersendiri yang penuh dengan budaya dan irama muzik klasik Cina seperti nyanyian opera Cina yang menakjubkan. Cuma ianya lebih menarik apabila ada juga irama muzik versi terkini yang ada elemen Hip Hop. 

Watsons juga berjaya menunjukkan jurang dan perbezaan di antara generasi lama dengan generasi baru di dalam keluarga yang sepatutnya disatukan menjadi lebih baik. Jadi mari kita sama-sama menjaga tradisi sambil mengekalkan trend terkini.

RM2,888,888 Juta Untuk Dimenangi!

Watson turut menawarkan Ang Pow edisi terhad dengan ganjaran baucar sebanyak RM388 untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM80 di Watsons. Pelbagai hadiah yang boleh dimenangi dan semuanya bernilai lebih dari RM2,888,888. 

Ianya termasuklah 188 produk dari jenama terkenal Samsung. Pelanggan Watsons juga boleh mendapat potongan sebanyak RM8 dengan perbelanjaan minimum RM60 menggunakan e-Wallet Touch N ‘GO.

Bagi anda yang suka bergambar, boleh menyertai pertandingan AR selfie #HappyBeautifulYear untuk memenangi Watsons points yang bernilai sehingga RM8,888. Ahli Watsons Elite pula akan berpeluang mendapatkan plat Watsons Limited Edition Yee Sang dengan pembelian minimum sebanyak RM288.

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading