Bangi – Bagi mereka yang tercari-cari kelengkapan haji dan umrah, butik pakaian Haqqi antara tempat yang ideal untuk membuat pilihan.

Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh beramal kerana kira-kira lima peratus bagi setiap pembelian berkenaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan.

Pengarah Butik Haqqi, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata, pada tahun lalu, Haqqi menyumbang sebanyak 2,000 baju sejuk (winter coat) diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Syria Care.

Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaboratif selama tiga tahun.

Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.

Dalam pada itu, Mohamad Fitri yang juga Duta Butik Haqqi berkata, pihaknya merancang untuk membuka cawangan baharu di Makkah dan Madinah dijangka pada hujung tahun ini.

“Dua lokasi Tanah Suci ini memang sinonim dengan ibadah haji dan umrah. Tidak lengkap jika tiada cawangan di sana.

Pada masa sama, kata Fitri, beberapa buah bandar raya Qjdi negara ini akan menjadi lokasi tumpuan pembukaan baharu cawangan Butik Haqqi antaranya di Johor Bahru, Johor; Alor Setar, Kedah dan Kuantan, Pahang.

Butik Haqqi yang mula beroperasi pada tahun 2016 menjual pelbagai kelengkapan haji dan umrah antaranya ihram, jubah, kurta, sarung tangan, kit kosmetik haji dan telekung.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading