Kuala Lumpur – Syarikat Elegant Cosmetics hari ini melancarkan produk sulung mereka yang diilhamkan membantu para pengguna bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga dalam memberi keselesaan serta kecerahan pada kulit wajah dan tubuh badan.
Krim pencerah Whitening Emulsion ini khas dan bersesuaian bagi cuaca di Malaysia khususnya dan asia amnya yang sentiasa panas dan lembab mempengaruhi tona kulit yang tidak sekata. Ianya mampu mengembalikan keremajaan pada kulit dan memperbaiki struktur serta merawat masalah terutama jeragat dan pori terbuka.

Produk yang berasaskan air ini dilengkapi dengan vitamin E dan B3 yang membantu mengatasi masalah penuaan disamping mencerahkan tona kulit. Ia juga berfungsi sebagai asas solekan yang bertindak menutup cela kulit seiring dengan fungsi kandungan SPF 50++ dalam mengelakkan sinaran UVA dan UVB.
Dalam majlis pelancaran itu juga, Elegant Cosmetics mengumumkan selebriti dan pelakon, Elfira Loy sebagai duta produk.Â

“Saya bersetuju menjadi duta Whitening Emulsion ini selepas saya mencuba sendiri dan melihat keberkesanannya tanpa perlu menunggu lama.Â
“Elegant Whitening Emulsion merupakan satu produk yang meliputi semua fungsi. Dengan menggunakannya anda tak perlu lagi menggunakan apa-apa krim atau lapisan bedak asas yang lain” katanya.

Jurucakap Syarikat Ms Jane Haya berkata, proses bagi menghasilkan satu formulasi produk mengambil masa yang lama dan ianya perlulah selaras dengan apa yang pelanggan inginkan pada masa kini.
“Bagi Elegant Cosmetics kami amat perihatian terdapat kualiti produk yang dihasilkan, merangkumi citarasa dan kehendak wanita masa kini.
“Bagi produk Whitening Emulsion ianya dicipta dengan campuran ramuan bermutu tinggi dari dalam dan luar negara seperti Perancis dan Switzeland, dan melihat kepada permintaan dan pasaran kosmetik yang makin berkembang didalam dan luar negara, pihak syarikat yakin untuk menjadi salah satu pemain yang mampu memberi saingan” katanya dalam sidang media.

Produk ini dijamin selamat untuk digunakan kerana telah didaftarkan dibawah Sistem Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dijual pada harga RM 79.90 bagi Sememanjung Malaysia, RM 84.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak dan boleh didapati dari rakan niaga yang sah sahaja.
Â
