KUALA LUMPUR – Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia hari ini menerima sumbangan sebuah van ambulans lengkap bagi memudahkan urusan membantu dan menyelamat masyarakat yang dilakukan secara sukarela.
Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia.

Menurut Nicky Liow, sumbangan ini adalah atas dasar khidmat kemasyarakatan bersama membantu orang awam lebih-lebih lagi bagai golongan yang kurang berkemampuan. Beliau memaklumkan, ambulan yang disumbangkan adalah turut lengkap dengan kit menyelamat didalamnya.
“Saya terpanggil untuk membantu persatuan ini dengan ikhlas untuk memberi balik kepada masyarakat. Sebelum ini, saya hanya mendengar nama aktivis Kuan Chee Heng sahaja dan kali ini kehadapan bersama-sama membantu beliau dan persatuan dengan sumbangan ambulan agar berguna kepada orang ramai” katanya dalam sidang media.
Bagi aktivis dan pengasas persatuan kepolisan ini, sumbangan seperti ini adalah amat-amat dihargai kerana mengharapkan lebih banyak pihak yang ingin membantu dapat bersama-sama beliau dalam melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat.
Dalam pada itu, Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.
Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai.

Dato’ Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform
Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.
Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato’ Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak- Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.

