Seorang usahawan kosmetik terkenal disyaki mendera anak angkat jagaannya pada 28 Februari lalu di kediamannya di Petaling Jaya.

Suspek dipercayai memukul anak angkatnya menggunakan tangan ketika merakam gelagat kanak-kanak berusia dua tahun itu sedang menangis.

Tidak cukup dengan itu suspek turut mengarahkan pembantu rumahnya untuk turut sama memukul kanak-kanak terbabit, namun arahannya tidak dituruti.

Suspek selepas itu didakwa terus memukul mangsa menggunakan kasut di badan mangsa selain turut mencubitnya kanak-kanak itu sehingga meninggal kesan di badan.

Perbuatan suspek bagaimanapun berjaya dilaporkan kepada polis oleh pembantu rumahnya.

Dalam pada itu, netizen mula membanjiri ruangan komen di laman instagram jutawan kosmetik dan isterinya yang kini berada di Mekah bagi meminta penjelasan berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian itu selain sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading